SEJAK mula ditayangkan 24 Ogos
lalu, filem Abang Long Fadil 2 sememangnya mendapat tempat di hati penggemar filem Melayu.
Mana tidaknya,
pelakon dan watak yang dibawakan mereka menjadi sehingga mampu memikat hati
anak kecil untuk menonton filem ini berulang kali.
Sehingga
semalam, filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd. berjaya mengutip RM17.8 juta
sekali gus mencatat rekod baru penjualan tiket tertinggi.
Dengan kutipan
lebih RM100,000 yang direkodkan, filem ini berjaya membenamkan rekod RM17.7
juta yang berjaya dicapai menerusi filem Polis Evo dua tahun lalu.
Khabarnya,
filem yang diterajui Zizan ini masih ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara.
Datuk Yusof
Haslam selaku penerbit filem ini menyatakan rekod ini adalah bukti industri
perfileman kembali bangkit menghasilkan karya-karya yang boleh dibanggakan.
“Saya melihat kebangkitan semula filem Melayu semakin positif
dengan persaingan sihat dalam kalangan pengarah muda.
“Jika dua tahun lalu, filem Polis Evo karya sutradara baharu, Ghaz Abu Bakar mengejutkan industri
perfileman, kini ramai pengarah muda berlumba-lumba menghasilkan filem
berkualiti.
“Saya juga lihat saingan antara anak saya, Syamsul dan Syafiq yang
sentiasa mahu filem arahan mereka meningkat kepada tahap lebih tinggi setiap
tahun,” katanya dipetik laporan BH Online.
Menurut
Yusof yang sedang sibuk dengan pengambaran drama Gerak Khas musim
terbaru, dia menyatakan yang kerjasama syarikatnya dengan Astro Shaw mungkin
akan dipanjangkan untuk buah tangan terbaru atau sekuel Abang
Long Fadil yang ketiga pula.
“Keputusan menerbitkan trilogi ini akan diputuskan, tidak lama
lagi. Syafiq juga bersemangat apabila filem arahan menepati cita rasa penonton
hari ini,” ujarnya.
Filem Abang
Long Fadil 2 ini membariskan pelakon terkenal seperti Zizan
Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, A Galak, Tania Hudson dan pendatang baru
bidang lakonan, Shuib dan Wak Doyok.
Tahniah
diucapkan kepada kru produksi Skop Productions dan para pelakon filem Abang
Long Fadil 2! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
0 comments:
Post a Comment