Kalau ikutkan dengan kesibukan mak ayah hari ini, agak
mencabar untuk selarikan didikan pada anak-anak agar membesar jadi ‘orang’.
Namun mak ayah boleh mulakan dari peringkat awal kalau nak anak jadi budak baik
yang boleh ikut arahan dan berdisiplin. Paling manis, anak akan membesar dengan
aura yang positif dan tidak melawan. Untuk bacaan penuh, ikuti perkongsian
daripada saudara Azhar Ghazali ini…
1.
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya.
Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2.
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop
sekarang!”.
Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkankembali:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.

3.
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu
tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah:
“Siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4.
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:
“Tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5.
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat.
Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6.
Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon
urusan tak penting, katakan:
“Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu,
jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan
anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
Sumber: mingguanwanita
0 comments:
Post a Comment