Latarbelakang Aku
Meh aku nak cerita sikit pasal diri aku. Aku Syahirah, asal Pulau
Pinang. Dari kecik aku memang kuat makan. Nasi adalah makanan kegemaran aku.
Makan pagi, tengahari, malam, memang aku akan bantai nasi. Sekali makan memang
aku akan tambah nasi dua pinggan. Aku ni anak tunggal, jadi mak aku memang jenis
suka masak lauk kegemaran aku, nasi kandar, ayam sambal, gulai daging, rendang,
dan macam macam lagi. Senang cerita, memang semua lauk kegemaran aku
jenis-jenis yang sedap di tekak. Masa aku kecik, ramailah yang puji aku comel
semua pipi tembam, badan pun jenis berisi. So sebagai budak kecik, agak comel
bila badan berisi. Tambah pula rambut aku kerinting macam mee maggi. Orang
memang tertarik dengan aku. Dengan adanya pujian-pujian dari orang, aku jadi
yakin je bila nak makan. Tak pernah aku kisah pasal berat badan. Nak pakai baju
susah bukan hal aku. Mak aku yang tolong beli baju. Oh, lupa nak bagitau,
selain masakan mak aku, aku jugak suka beli makanan bergoreng yang dijual depan
rumah aku. Antaranya, nuget ayam, sosej, pisang goreng, keropok lekor, dan lain
lain. Tak cukup dengan tu, selalunya aku memang akan beli air berkarbonat untuk
melengkapkan nikmat makan tu. Dahsyat kan selera aku!
·
Berat
Badan Mendadak
Masa umur aku mencecah 12 tahun, berat badan aku mulai naik dengan
mendadak sampai mencecah 60KG. Tambahan pulak, masa tu aku baru mula datang
haid. Nafsu makan masa tu memang tak tentu. Kalau aku rasa nak beli kek, aku
terus gi beli. Kalau aku rasa nak makan coklat, aku terus je ajak mak aku
singgah 7-Eleven. Kalau tak dapat, aku memang merajuk. Jadi, nak tak nak,
memang ibubapa aku akan ikut kehendak selera aku yang macam raksasa ni. Kalau
kat sekolah, orang tak ejek aku gemuk, sebab aku perangai macam ganas sikit.
Aku buli orang ada lah. Takde orang berani cakap aku gemuk. Perkara ni
membuatkan aku sangat yakin dengan diri aku walaupun hakikatnya untuk orang
yang tingginya hanya 156CM, aku memang dalam kategori obesiti yang
membimbangkan.
·
Kesedaran
Mula Terdetik
Lepas sekolah menengah, aku makin malu dengan fizikal aku. Masa tu berat
badan dah mula mencecah 90KG. Aku dapat tawaran untuk sambung pengajian ke
tahap diploma. Hati aku berdebar banyak kali jugak bila ingat macam mana nak
tempuhi alam universiti dengan keadaan badan yang memalukan. Bila tiba hari
pendaftaran, memang aku sedih sangat. Bukan apa, takut dicemuh orang. Tapi
semuanya agak berjalan lancar termasuklah kelas dan pengurusan kolej. Sampailah
suatu masa aku perasan kawan aku makin kurus. Padahal dia pun berat badan agak
sama macam aku masa kami mula kenal. Aku sangat gembira tengok perubahan diri
dia. Pada waktu yang sama aku rasa sedikit sedih sebab aku masih di takuk yang
lama, takde perubahan apa pun pada fizikal aku kecuali makin besar.
Satu hari aku beranikan diri untuk tanya kawan aku tentang rahsia
perubahan berat badan dia. Dia seronok bila aku tanya dia tips untuk kuruskan
badan. Dia bagitahu aku dia kawal pemakanan dan suka naik turun tangga. Memang
tak guna lif kalau nak ke kelas atau balik ke bilik kolej. Lepas tu dia bagitau
aku, dia ada selera tinggi jadi dia cuba tahan selera makan dia dengan suplemen
Green Coffee. Aku memang jenis tak percaya sangat pil-pil atau suplemen kurus
ni. Mula-mula aku macam sangsi sebab macam tak percaya biji kopi boleh turunkan
berat badan. Tapi bukti ada depan mata kot, kawan aku memang makin kurus. Kawan
aku yakinkan aku beli satu botol dulu untuk cuba kesesuaian badan aku dengan
suplemen ni. Aku tempah suplemen Green Coffee dan kurang dari seminggu
sampailah suplemen tu.
·
Berat
Badan Turun Mendadak!
Aku mula makan suplemen Green Coffee mengikut arahan pada botol. Pada
hari pertama, aku memang rasa kenyang dan bertenaga. Selera makan aku
berkurangan dan aku mula berpeluh dengan kuat. Kawan aku cakap bila berpeluh
kuat, maknanya metabolisme aku sedang bekerja dengan betul. Pastu aku fikir
betul jugak apa dia cakap sebab aku pernah terbaca artikel yang mengatakan
orang gemuk punya metabolism rendah sebab tu badan cepat simpan lemak. Setelah
seminggu, aku timbang berat badan aku dah jadi 85KG. Kawan aku puji aku atas
ketahanan aku selama seminggu. Setelah sebulan, sedar tak sedar, berat badan
aku dah jadi 66KG. Aku terkejut sangat sebab telah menurunkan berat badan
sebanyak 24KG dalam masa sebulan! Aku teruskan amalan harian dengan makan
suplemen Green Coffee pada bulan seterusnya, dan sekarang berat badan aku
adalah 53KG! Berat badan yang ideal untuk diri aku. Ibubapa aku pun sangat
gembira tengok perubahan diri aku. Sekarang aku ambik suplemen Green Coffee
untuk mengekalkan berat badan ideal ni. Aku tak sanggup dah nak gemuk. Sekarang
keyakinan aku dah pulih. Cari baju pun senang! Yang paling seronok, kalau raya,
takdelah aku asyik kena tegur dengan saudara mara pasal berat badan aku.
Kepada korang yang nak turunkan
berat badan, cubalah amalkan suplemen Green Coffee. Kalau rajin, boleh bersenam
dan kawal pemakanan jugak. Mesti keputusan lebih gempak! Jom kurus!
Sumber: honeyworldnow
0 comments:
Post a Comment