Baru-baru ini Datuk Siti
Nurhaliza ada menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia
Tengku Puan Pahang di kediamannya beberapa hari lalu.
Namun
apa yang menarik perhatian adalah renungan tajam peminat beliau yang mendakwa
melihat perubahan fizikal pada perut Siti. Secara ringkasnya mereka melihat
‘baby bump’ Siti yang sedikit kelihatan.
Kalau
masih ingat pernah suatu ketika dulu kecoh berita Siti sedang hamil kerana
tersebarnya laporan ujian darah di sebuah hospital
Tanpa memberikan sebarang
penjelasan mengenai perkara itu, berita tersebut berlalu begitu sahaja.
Sekarang
pula kecoh gambar yang dimuat naik di Instagram memperlihatkan ‘baby bump’
beliau.
Malah
ruangan komen di akaun Instagram penyanyi tersebut juga penuh dibanjiri dengan
ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka beliau sedang hamil.
Siapa tidak teruja setelah
sekian lama menantikan berita gembira ini, akhirnya penantian mereka terjawab.
Pastinya peminat Siti tidak sabar mendengar berita ini dari mulutnya sendiri.
Apapun buat setakat ini Siti
masih lagi berdiam diri dengan dakwaan ini. Namun jika benar apa yang
diperkatakan, tahniah diucapkan buat Siti dan suami di atas berita gembira ini.
Tetapi
jika ianya hanya desas-desus sahaja, kami doakan pasangan ini akan dikurniakan
rezeki anak suatu hari nanti.
-IMBAS KEMBALI KE 2006- MAJLIS
PERSANDINGAN DATUK CT
Satu
sejarah dalam industri hiburan Malaysia, apabila siaran langsung majlis
persandingan Dato’ Siti Nurhaliza mendapat tontonan seluruh negara sebanyak
6.307 juta.
SIDANG
media yang berlangsung 17 Julai 2006 di The Zon on The Park, akhirnya
menamatkan segala desas-desus yang menyelubungi perjalanan hidup penyanyi
nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Majlis perkahwinan ini mendapat
perhatian ramai apabila mengumpulkan penonton 2.86 juta untuk upacara akad
nikah manakala siaran langsung majlis persandingan, 6.307 juta tontonan seluruh
negara.
PASANGAN
Dato’ Siti Nurhaliza & Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa
Dato’ Siti Nurhaliza & Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa
TARIKH
NIKAH
21 Ogos 2006
21 Ogos 2006
LOKASI
NIKAH
Masjid Wilayah Persekutuan
Masjid Wilayah Persekutuan
TARIKH
BERSANDING
28 Ogos 2006
28 Ogos 2006
LOKASI
RESEPSI
Dewan Pameran KL Convention Centre
Dewan Pameran KL Convention Centre
MAJLIS
PERSANDINGAN (KUALA LIPIS)
3 September 2006
3 September 2006
Ceritakan konsep atau tema
majlis perkahwinan Dato’ Siti?
Untuk upacara akad nikah ia lebih berkonsepkan kemelayuan dan
diadakan di Masjid Wilayah. Bukan sahaja dihadiri kaum keluarga, kerabat Diraja
malah VVIP seperti Menteri turut sama memeriahkan upacara akad nikah. Waktu itu
juga agak mendebarkan saya kerana perkahwinan adalah momen yang penting dalam
hidup. Selain itu saya bertunang selama sejam dan selepas itu barulah
berlangsung upacara akad nikah. Dua acara dalam satu masa.
Saya masih ingat lagi, ramai
rakan- rakan wartawan dan peminat baik dari Malaysia dan Indonesia membanjiri
kawasan masjid hingga tidak terkawal keadaannya. Dan ia juga terhad kerana
almaklumlah kawasan masjid, banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Tetapi
alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ia lebih berkonsepkan perkahwinan dalam
taman dan saya pentingkan agar perkahwinan tersebut berlangsung dalam suasana
sederhana tetapi meriah.
Majlis Resepsi
Busana Nikah & Sanding: Radzuan Radziwil
Gaun: Michael Ong
Solekan & Dandanan (Nikah): Nurul Shukor
Solekan & Dandanan (Bersanding): Mia
Wang Hantaran: RM30,000.00
Mas Kahwin: RM22,222
Busana Nikah & Sanding: Radzuan Radziwil
Gaun: Michael Ong
Solekan & Dandanan (Nikah): Nurul Shukor
Solekan & Dandanan (Bersanding): Mia
Wang Hantaran: RM30,000.00
Mas Kahwin: RM22,222
Majlis
persandingan di Kuala Lipis, Pahang
Antara kenangan manis yang tidak dapat Dato’ Siti lupakan
sepanjang majlis pernikahan/perkahwinan?
Rasa tidak percaya pun ada, rasa macam bermimpi pun ada… hahaha.
Dan antara yang paling istimewa, saya dapat meluangkan waktu bertemu peminat
walaupun mereka hanya berpeluang melihat saya dari jauh di balkoni tingkat 3,
KL Convention Centre. Mereka dapat melihat saya sebelum berlangsungnya majlis
persandingan pada sebelah malamnya.
Mengikut perancangan awal, saya
mahu menaiki kereta kuda mengelilingi kawasan sekitar KL Convention Centre
tetapi tidak dapat dipenuhi kerana pihak berkuasa mengambil kira faktor trafik
dan keselamatan. Selepas selesai upacara akad nikah dan tempoh antara tarikh
persandingan itu saya hasilkan lagu Cahaya
Cinta. Saya hasilkan melodi dan lirik, kemudian masuk ke studio untuk sesi
rakaman. Dan ia ditujukan khas untuk majlis perkahwinan ini.
Lagu
‘Cahaya Cinta’ dinyanyikan sendiri Dato Siti Nurhaliza di majlis persandingannya.
Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan, sudah lama membuat
perancangan mungkin?
Tidak lama, hampir sebulan lebih sahaja selepas sidang media
tarikh pengumuman dibuat, maka bermulalah semua kerja-kerja persiapan dan
mesyuarat demi mesyuarat dilakukan. Kami sendiri tidak mahu menunggu lama
kerana lebih lama makin banyak cabarannya. Kemudian kami putuskan untuk
langsungkan majlis dalam bulan Ogos.
Antara pihak yang terlibat
menjayakan majlis ini adalah Dato’ Shahreza sebagai perancang majlis, Michael
Ong selaku pereka busana untuk upacara memotong kek,
Nurul Shukor bertangunggjawab menyolek wajah saya untuk majlis akad nikah dan
majlis di Kuala Lipis, manakala majlis persandingan ditatarias oleh jurusolek
Indonesia, Mia. Persalinan busana pengantin untuk upacara akad nikah dan baju
kebaya moden putih direka oleh Radzuan Radziwill. Manakala gaun putih yang saya
gayakan ketika sesi bertemu peminat di balkoni adalah rekaan Khoon Hooi. Juga
tajaan mahkota dan barang kemas daripada Rafflesia.
Dato’
Sri Khalid menghadiahkan sejambak bunga kepada Dato’ Siti sebagai tanda
menghargai nyanyian istimewa.
Seandainya diberi peluang untuk mengubah satu perkara dalam majlis
perkahwinan Dato’ Siti, apakah perkara tersebut?
Ikhas dari hati saya, sepanjang majlis perkahwinan itu semuanya
yang terbaik dihasilkan. Saya gembira, bersyukur kerana semuanya berjalan
lancar seperti yang dirancang. Tambahan pula majlis persandingan disiarkan
secara langsung, jadi perancangan teliti yang diadakan sebelum majlis
berlangsung dengan baik. Cuma ralatnya, impian menaiki kereta kuda untuk
bertemu peminat tidak dapat direalisasikan.
Sewaktu ditemu bual para
wartawan.
Pernah amalkan petua atau pantang larang orang-orang tua sebelum
berkahwin?
Kata orang tidak elok kalau sering berjumpa tetapi berbeza dengan
kami hari-hari berjumpa… (ketawa) untuk fitting baju, meeting dan sebagainya. Cuma
daripada segi ritual orang lama, yang saya ikut adalah majlis berinai dan
majlis khatam Al-Quran yang dianggap sebagai amalan wajib dalam keluarga.
Tips Dato’ Siti kekalkan
perkahwinan hingga kini, jika boleh dikongsikan?
Jadikan kejujuran, saling percaya dan menyokong antara suami dan
isteri sebagai benteng. Fahami karakter pasangan dan insya-Allah sebarang
masalah yang timbul kita dapat atasinya dengan baik.
0 comments:
Post a Comment