FUHH… Nampaknya tertutuplah
peluang bagi semua jejaka yang berniat untuk menyunting hati pengasas kosmetik
terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Ini kerana,
dengar khabarnya Sajat dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Betul ke?
Kami pasti,
jika anda pengikut setia Sajat di laman Instagramnya, pasti anda sudah tahu
yang kini Sajat tengah hangat bercinta dengan jejaka sado bernama Coach
Yin.
Coach
Yin ni sebenarnya merupakan seorang jurulatih kecergasan di pusat gimnasium dan
juga mengusahakan perniagaan atas taliannya sendiri menjual produk-produk
kecergasan.
Sejak
akhir-akhir ini, selalu juga Sajat up gambar mereka
bersama, namun tidak diketahui hubungan cinta mereka sudah bersemi sejak bila.
Coach Yin juga
kelihatan amat selesa dengan pengusaha kosmetik itu, malah dia juga tidak
segan-silu menunjukkan kemesraan mereka di Instagram.
Oleh kerana
itulah, Sajat semakin bersedia untuk memikirkan mengenai persiapan
perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung pada hujung tahun hadapan.
Tapi biasalah
kalau orang business ni, mesti ada target yang perlu dicapai terlebih dahulu kan.
“Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus
pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes
sahaja.
“Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah
hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah,” katanya dipetik
daripada mStar Online.
Mungkin ada
sesetengah selebriti akan merahsiakan mengenai hubungan cinta mereka, namun
bagi Sajat, dia lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kepada umum. Bagus
Sajat… Tak berahsia langsung dengan peminat!
“Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di
tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan
pasangan hidup ibarat persinggahan,” tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment