Nabi menekankan di beberapa hadisnya
bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu
menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang
buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu,
bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang
berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan
dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing ditutupi
oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup
seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk
membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang
jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri
merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh
membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Telah dilakukan berbagai penyelidikan
terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung,
bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut
dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga
penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.
Terus diambil juga cairan khusus yang
ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar
tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman
memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari
dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan
lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
4. Hanya sekali kuman yang ditemui
semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk
kumpulan kuman yang dianggap
sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang
terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya
kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang
beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercayai
dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai
kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Komentar para doktor yang bergelut
dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua
laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman
pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah
!
Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa
kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2
manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan
tanah).
Doktor haiwan di klinik haiwan
Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih
yang bemama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air
merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada
genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga
kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat
dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang
menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Tetapi ketika sebahagian doktor dan
percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan
kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari
pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah
toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada
tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan
Oleh Kucing
Perhatikan apa yang diperlihatkan
Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik
menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia
menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin
minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah
berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia
menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda,
“Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang
rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan,
dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di
Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam
bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti
sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai
kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah
tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih
At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah
semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang
solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah
menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit
bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu
membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah
Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah
melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd
Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari
wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani
mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh
para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita
Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
0 comments:
Post a Comment