Musibah datang dan
pergi mendatangi manusia sebagai ujian terhadap keimanan seseorang. Salah satu
ujian terberat yang dihadapi adalah kehilangan orang yang sangat dicintai.
Misalnya kehilangan anak yang seharusnya menjadi generasi penerus keluarga.
Banyak kes kematian anak yang membuat
orang tua tertekan hingga gila. Mereka tidak boleh menerima kenyataan pahit
harus kehilangan buah hati tercinta dalam usia yang masih muda. Kematian anak
baik saat masih dalam kandungan atau pun setelah membesar menjadi remaja memang
menyakitkan.
Namun, orang yang kehilangan dilarang
meratapi kehilangan anak sehingga berlarutan. Kerana dibalik itu semua, ada
hikmah tersembunyi yang seharusnya orang tua wajib tahu. Berikut empat hikmah
di balik keguguran dan kematian anak dalam Islam
1.
Anak Tersebut Terus Masuk Ke Dalam Syurga Tanpa Hisab
Hikmah pertama yang akan diperoleh di
balik keguguran dan kematian anak dalam Islam adalah anak tersebut akan
langsung masuk ke syurga tanpa harus dihisab terlebih dahulu. Pasti orang tua
akan senang mendengarkan hal ini, mereka akan bahagia kerana anak yang
dikandungnya akan langsung masuk ke dalam syurga.
Memang musibah tersebut membuat hati
terluka dan sedih yang luar biasa. Namun, orang tua akan bertemu dengan anaknya
di akhirat kelak jika mereka juga masuk syurga.
“Tiap-tiap
anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga
dengan rahmat Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
2.
Anak-Anak Tersebut Akan Menghantarkan Orang tuanya Untuk Masuk Pula Ke Dalam
Syurga
Anak-anak
yang meninggal sebelum dilahirkan atau meninggal sebelum baligh dapat
menghantarkan orang tuannya ke dalam surga. Tentu saja hal ini menjadi penyejuk
meskipun hati tengah berduka. Kerana kelak akan berjumpa dan bersama-sama
dengan buah hati yang dicintai di dalam syurga.
Menurut
Hadis Qudsi
Allah
SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak:
“Masuklah
kalian ke dalam syurga!”
Anak-anak
itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.”
Lalu
mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah
berfirman
lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam
syurga!”
Mereka
menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman:
“Masuklah
kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”. (Hadits Qudsi Riwayat Ahmad
dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)
Diriwayatkan
dari Anas ra: ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga
anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam
syurga berkat kasih sayang-Nya kepada anak-anaknya tersebut, ”(HR Bukhori
muslim).
3.
Allah Tidak Pernah Membebani Sesuatu Di Luar Kadar Kemampuan Hamba-Nya
Hikmah
seterusnya di balik kehilangan buah hati adalah, Allah tidak pernah membebani
sesuatu di luar kadar kesanggupan hamba-Nya. Pastinya perkataan tersebut sudah
sangat biasa di telinga. Jadi mengapa sedih? Meski Allah memberikan cubaan yang
berat, namun ingatlah Allah adalah zat yang Maha Adil dengan memberikan hikmah
di balik setiap kejadian.
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat
pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari
kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), `Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf.'”
4.
Allah Akan Memberi Ganti Yang Lebih Baik Lagi, Jika Orang tuanya Bersabar
Di
balik cubaan kehilangan buah hati yang disayangi, ternyata Allah memberikan
hikmah di baliknya. Allah akan memberi ganti yang lebih baik lagi jika orang
tuanya tersebut bersabar. Teruslah berdoa kepada Allah SWT agar setiap doa yang
terucap dapat dikabulkan. Kerana Allah selalu bersama orang-orang yang sabar.
Itulah
hikmah di balik keguguran dan kematian anak dalam Islam. Meskipun tengah berada
dalam kedukaan kerana kehilangan orang yang disayangi, cubalah untuk mengambil
pelajaran dari cubaan tersebut. Mungkin saja Allah menyelitkan hikmah di balik
semua itu dan dan meningkatkan darjat kita di hadapan-Nya.
Sumber
: https://sempoimedia.blogspot.my
0 comments:
Post a Comment