Umur dah nak masuk 30-an
tapi masih lagi single. Mak dah sibuk tanya bila nak bawak balik calon menantu.
Mesti ramai yang kena
hadap soalan cepumas ni. Ramai di antara anda yang masih single diluar sana.
Mesti korang
tertanya-tanya apa puncanya? Ini antara punca anda akan single sampai
bila-bila!
1. SIKAP TERLALU MEMILIH SAMPAI TAK MASUK DEK
AKAL
Setiap orang
ada citarasa masing-masing. Tapi kalau pilihan hati nak yang cantik macam
model, hensem macam pelakon Korea memang susah la. Sampai bila-bila anda
membujang!
2. PEMIKIRAN TIDAK TERBUKA & TAK NAK CUBA
PERKARA BARU
Disebabkan
citarasa anda tak masuk akal tu, anda tak nak cuba untuk mulakan hubungan
dengan calon yang sedia ada. Tak berani nak cuba benda baru. Takkan la umur dah
30 baru nak cuba?
3. HIDUP SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
Kalau anda
jenis duduk rumah dan tak bergaul memang anda akan forever alone.
Pergi kerja lepas tu balik. Di pejabat pun hanya buat kerja je dan tak
bersosial dengan rakan pejabat. Memang tak ada life orang macam ni.
4. ANDA TAKUT UNTUK MENCINTAI KERANA TAKUT
TERLUKA
Setiap
percintaan ada pahit manis. Jika anda takut untuk kecewa, sampai bila-bila anda
tak akan belajar. Beri peluang pada diri sendiri untuk mencintai dan di cintai.
Bukan semua lelaki/wanita tak setia.
5. ANDA ADA MASALAH ISU KEPERCAYAAN MELAMPAU
Dalam percintaan
kepercayaan sangat penting. Ramai yang pernah kecewa, takut untuk beri
kepercayaan kepada orang lain. Dek kerana bekas kekasih pernah curang, terus
tak berani nak bercinta lagi.
~ terlalu mengejar kesempurnaan adabukan jalan terbaik
sebagai manusia kita harus terima setiap kekurangan dan lengkap melengkapi
antara pasangan... ~
0 comments:
Post a Comment