Sejak akhir-akhir ini,
wanita Malaysia semakin obses untuk dapatkan kulit cerah dan gebu. Bukan itu
je, lambakan produk pemutih sama ada berasaskan makanan tambahan atau krim
sapuan di pasaran.
Jika anda
menonton konsert Akademi Fantasia Megastar baru-baru ini, pasti terpukau dengan
kejelitaan penyanyi kelahiran Sabah iaitu Adira Suhaimi.
Penyanyi sinonim dengan
jolokkan ‘Snow White Malaysia’ ini tidak dapat lari daripada persepsi negatif
ramai yang beranggapan konon penyanyi ini melakukan suntikan untuk memutihkan
kulit.
Adira pernah
menjelaskan bahawa dia tidak pernah mendapatkan suntikan dan dia sememangnya
memiliki kulit cerah sejak kecil.
Adira percaya
dengan quote ‘you are what you eat’. Adira sangat cerewet dalam memilih makanan
serta mengamalkan diet yang betul. Ini lima rahsia Adira kongsikan untuk
kekalkan kulit putih dan cantik
1.
RAJIN GUNAKAN KRIM UNTUK KELEMBAPAN KULIT
Krim pelembap
sangat penting untuk kulit sama ada untuk wajah dan tubuh. Kulit kita sentiasa
memerlukan lembapan. Jika kulit kekal lembap, sekaligus kulit anda akan kekal
cantik.
2.
MENJAGA PEMAKANAN UNTUK KULIT CANTIK
Apa yang kita
makan, mencerminkan kesihatan kulit. Jika cantik kulit anda, bermakna pemakanan
anda sihat. Jika kulit anda bermasalah, cuba lihat gaya pemakanan anda.
3.
AMALKAN AIR KOSONG UNTUK KULIT BERCAHAYA
Air kosong
bukan saja untuk elakkan dehidrasi, malah ianya sangat penting untuk kelembapan
kulit. Jika tubuh anda cukup air, kulit akan jadi lebih sihat dan bercahaya
4.
SANGAT PENTINGKAN DIET SIHAT & BUAH-BUAHAN MAKANAN WAJIB!
Buah-buahan
kaya dengan serat dan antioksidan yang ternyata baik untuk tubuh dan kesihatan
kulit. Buahan yang kaya dengan vitamin C menjadikan kulit cantik sekaligus
mencerahkan kulit.
5.
RAWATAN BADAN & WAJAH DI SALUN KECANTIKAN PADA SETIAP BULAN
Bukan semua
orang mampu untuk melakukan rawatan kecantikan di salun. Anda boleh je lakukan
sendiri dirumah dengan bahan semula jadi.
0 comments:
Post a Comment