Friday, September 29, 2017

Filled Under:

Pernikahan Joy Revfa Dan Bekas Suaminya Di Songkhla Terbukti Sah




Kemelut rumah tangga yang melanda penyanyi terkenal Hafiz Hamidun dan Joy revfa bermula bulan Ogos lepas hingga awal September tahun ini.

Perselisihan faham diantara dua orang pasangan itu menyebabkan rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian.

Kejadian tersebut berlaku akibat timbul keraguan daripada Hafiz terhadap status pernikahan isterinya Joy Revfa bersama bekas suami lamanya iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim.

Setelah menghadapi pelbagai konflik rumah tangga, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30 tetap ingin membuktikan bahawa status pernikahannya bersama bekas suaminya adalah sah.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam mengesahkan bahawa pernikahan usahawan kosmetik Joy Revfa dengan suami terdahulunya, sah mengikut syarak.

Perkara ini diputuskan oleh hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah tersebut iaitu Salehan Yatim bahawa pernikahan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, dan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand, empat tahun lalu adalah sah mengikut hokum syarak.

Keputusan tersebut dibuat oleh hakim Syarie setelah melihat semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak kepada mahkamah dan berpuas hati.

"Mahkamah berpuas hati dengan keterangan plaintif dan responden, saksi-saksi, dokumen-dokumen yang diserahkan selain pernikahan itu menggunakan wali hakim dan saksi.

"Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak," katanya ketika membacakan penghakiman, di sini.

Usahawan kosmetik Joy Revfa yang hadir diwakili oleh peguam syarie Aznor Suhaida Dollah manakala Mohd Rayus, 46, atau lebih dikenali dengan nama Datuk Ray Imran hadir tanpa peguam.

Pemfailan permohonan pengesahan pernikahan yang dibuat oleh Joy Revfa pada 23 Ogos lalu telah terjawab berdasarkan hasil keputusan yang telah dibuat oleh hakim syarie Mahkamah tinggi Syariah, Shah Alam.

Joy Revfa mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Arryan Firdaus bersama suami terdahulunya.

Adik kepada Joy Revfa, Mohd Zarif, 26 memberitahu mahkamah, beliau mengetahui mengenai pernikahan kakaknya itu tetapi tidak dapat hadir berikutan mempunyai urusan kerja sewaktu prosiding berjalan.

Peguam Syarie usahawan kosmetik itu, Aznor Suhaida memberitahu pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan penceraian antara Joy Revfa dengan Mohd Rayus di Mahkamah ini dalam masa terdekat sewaktu ditemui di luar mahkamah.

"Hari ini mahkamah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan bekas suaminya adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat," katanya.


Sumber : Berita Harian




0 comments:

Post a Comment