Friday, September 29, 2017

Filled Under:

Minta Bawakan Baju Tidur Dan Berus Gigi Sebaik Sahaja Sedar Dari Koma





Datuk Mahadzir Lokman, pengacara dan personaliti televisyen popular dikhabarkan sudah kembali sedar dari koma yang dialaminya sejak Ahad lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Danial Lokman, adiknya berkata, Mahadzir sudah boleh bercakap sejak awal pagi Rabu, namun keadaanya masih dibawah pemantauan rapi doktor di pusat perubatan berkenaan.

Menurutnya lagi, ayat pertama yang dituturkan oleh ikon siarawan negara itu adalah, "Boleh sesiapa tolong bawakan baju tidur dan berus gigi ke hospital."

Danial turut manambah bahawa pihak keluarganya bersyukur apabila abangnya sudah mula sedar dan berdoa agar abangnya sembuh dengan segera.

Mahadzir yang mesra dipanggil Dale sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif sejak Rabu lalu, memberi sinar harapan buat keluarganya untuk melihat Dale kembali sihat seperti sedia kala.

Dale yang juga penerima anugerah Orde Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada tahun 2006 sudah boleh menggerakkan tangan sejak Isnin lalu apabila disapa oleh doktor.

Dale dikerjakan ke PPUM pada Ahad lalu setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal susulan kompilasi buah pinggang dan paru-paru bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Dia yang juga penghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya setelah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber : 
mStar




0 comments:

Post a Comment