Tolong Para Pencinta Sekalian…
Jangan Meremehkan !!!
Misai
yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria ke-enam kucing. Misai ini
adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada
lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat kepada otak kucing. Dari segi
anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae.
Misai yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk
mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan
yang tidak dapat dilihat oleh kucing.
Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba
teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan terhadap
gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti lokasi binatang
buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk
navigasi dan koordinasi.
Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung kepada
matanya sahaja untuk berjalan dan memburu
0 comments:
Post a Comment