SHAH ALAM - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
menolak permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) turut mendapat
pujian netizen.
Kebanyakkan
mereka bersetuju bahawa penganjuran festival berkenaan tidak mendatangkan
faedah malah hanya mengundang padah sahaja.
Pengguna
Facebook, A Rahman Arham berpendapat festival tersebut merupakan lesen untuk
orang ramai khususnya anak muda bertindak melulu.
"Arak adalah dari segala kejahatan, apabila seseorang meminum arak,
akalnya terganggu dan tidak normal maka lahirlah perbuatan-perbuatan jahat dan
salah laku hingga ke tahap penzinaan dan membunuh," tulisnya.
Turut menyokong merupakan pengguna Facebook, Izzat Jo dan mengajak masyarakat
untuk turut membantah festival berkenaan.
"Salah
satu kemenangan kecil, betapa susahnya nak banteras perkara maksiat dan rosak
di Malaysia, bantahan dari semua umat Islam perlu.
"Suarakan
pendapat anda, ajukan kepada pimpinan dan pihak berkuasa," tulisnya.
Ada juga
netizen yang mengucapkan tahniah kepada pihak DBKL yang membuat keputusan yang
tepat apabila menolak permohonan tersebut seperti Ramli Ahmad.
"Terima
kasih DBKL yang bersifat prihatin dan memahami sensitiviti orang ramai, hairan
juga kita apabila baru 60 tahun merdeka, dah ada yang mula lupa syarat-syarat
asas kemerdekaan dan perlembagaan kita," tulisnya pula.
Pengguna
Facebook, Afri Ibrahim juga berpendapat sedemikian.
"Sebarang
aktiviti yang buruk harus dibantah, yang untung hanyalah pihak penganjur
festival ini manakala yang rugi tentunya rakyat. Tahniah pihak DKBL,"
tulisnya.
Bagi pengguna
Facebook, Umtaz Haris pula dia mengharapkan orang ramai khususnya bukan Islam
mengambil positif bantahan penganjuran festival ini.
"Bagi
yang bukan Islam, mungkin akan memandang perkara ini tidak adil tetapi kita
ambil cara positif. Pesta Beer akan membuatkan ramai yang mabuk hingga membawa
kepada perilaku yang membahayakan diri sendiri dan orang lain.
"Contohnya,
memandu dalam keadaan mabuk hingga kemalangan, jadi bayangkan perkara ini
terjadi pada generasi muda," tulisnya.
Sementara
itu, tindakan DBKL menolak permohonan penganjuran BBF17 ini turut mendapat
pujian Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia yang merasakan ia satu keputusan yang
berhemah.
Sumber Sinar
0 comments:
Post a Comment