WARDEN, Ustaz Mohd Yusof Md, 26, seorang daripada dua warden Pusat
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang terkorban dikatakan
dapat keluar dari asrama yang terbakar sebelum masuk semula bagi menyelamatkan
anak muridnya yang terperangkap, namun akhirnya terkorban.
Peniaga, Hadam Ismail, 50 yang menghubungi talian kecemasan 999 sejurus
asrama itu terbakar berkata, pada mulanya dia melihat dua lelaki turun dari
tingkat tiga asrama yang terbakar menggunakan saluran paip.
"Saya ternampak dua lelaki turun dari tingkat tiga menggunakan
saluran paip. Saya percaya seorang daripadanya Ustaz Yusuf.
Hadam percaya Ustaz
Yusuf naik dan masuk semula untuk bantu anak muridnya sebelum terkorban.
"Selepas itu, saya lihat dia naik semula dan masuk balik untuk
membantu anak muridnya lain," katanya.
Menurutnya, dia yang kebetulan melalui Jalan Keramat Hujung untuk ke
Pasar Keramat terdengar bunyi seperti ekzos motosikal sangat kuat sebelum
ternampak percikan api dari arah belakang pusat pusat tahfiz itu.
"Hari ini saya terlewat ke tempat berniaga, kebetulan saya lalu di
depan pusat tahfiz itu.
“Apabila menyedari asrama pusat tahfiz itu terbakar, saya segera
menghubungi 999,” katanya.
Hadam berkata, sebelum ini dia berniaga pisang goreng di depan pusat
tahfiz berkenaan dan mengenali pelajar, warden dan gurunya.
“Dulu ketika berniaga pisang goreng memang selalu beri pisang goreng di
pusat tahfiz itu. Jadi memang saya kenal Ustaz Yusof,” katanya.
0 comments:
Post a Comment