ni begitu luar biasa! Seekor kucing bernama Masha menyelamatkan
nyawa seorang bayi yang ditinggalkan tepi jalan yang sejuk bersalji di Obninsk,
Rusia, dan kini ia dianggap sebagai wira.
Masha, seekor kucing yang berbulu panjang yang dijaga oleh
penduduk tempatan telah menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan di jalan
pada 15 Januari 2015, dengan menjaga dia daripada mati kesejukan.
Jika tidak kerana Masha datang untuk menyelamatkan, bayi itu
tidak akan bertahan dengan kesejukan itu selepas dia dengan kejam dibuang ke
dalam sebuah kotak dan ditinggalkan di jalan. Bayi itu dilaporkan memakai topi
dan mempunyai makanan bayi di dalam kotak bersamanya, menurut New York Post.
Beberapa jam kemudian, Masha terjumpa bayi itu, dan masuk ke
kotak dengannya untuk menghangatkan badan. Masha pun mengeow untuk mendapatkan
perhatian orang ramai.
“Dia sangat mesra, jadi apabila saya mendengar dia mengeow, saya
fikir dia tercedera,” kata Irina Lavrova, seorang penduduk bandar Obninsk
berkata.
“Biasanya dia akan datang dan berkata hello kepada saya. Anda
boleh bayangkan betapa terperanjatnya saya apabila saya melihat dia berbaring
di dalam kotak di sebelah bayi. Jelas naluri keibuaannya untuk melindungi
kanak-kanak itu. “
Apabila bayi itu ditemui, dia dikejarkan ke hospital tempatan
untuk pemeriksaan, dan telah dilaporkan sihat, terima kasih kepada Masha, yang
melindunginya daripada kesejukan cuaca.
0 comments:
Post a Comment