Tak berhati perut, nafsu
binatang dan bapa durjana. Semua perkataan itu tepat sekali nak digambarkan
bagaimana kejamnya hati seorang ayah kerana sanggup merogol anak kandungnya
sendiri. Dia didakwa meliwat anak perempuannya tiga kali sehari antara Januari
dan Julai tahun ini.
Lelaki
berusia 36 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan.
Dijatuhi hukuman penjara 48 tahun, 24 sebatan
Menurut laporan Astro Awani, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap
Kanak-Kanak, Yong Zarida Sazali telah menjatuhkan hukuman penjara selama 48
tahun- 28 tahun kerana melakukan sumbang mahram, serangan seksual fizikal tanpa
persetubuhan, mengabaikan serta mendera anak secara seksual. Manakala 20 tahun
penjara atas tuduhan meliwat mangsa, iaitu anak kandungnya yang berusia 15
tahun.
Hakim telah memerintahkan hukuman dijalankan pada 26 Julai lalu pada
hari tertuduh ditangkap.
Liwat anak 3
kali sehari.
Lelaki yang bekerja sebagai ejen unit amanah itu juga menghadapi
sebanyak 591 pertuduhan atas kesalahan meliwat anak perempuannya, 30 tahun lagi
pertuduhan kerana seksual secara fizikal. Satu lagi pertuduhan kerana mendera
mangsa.
Tertuduh didakwa meliwat anak perempuannya tiga kali sehari antara
Januari dan Julai tahun ini. Kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan serta hari
pertama sebelum bulan Ramadan yang bermula pada Mei lalu.
Menurut fakta kes, tertuduh telah
meliwat anak perempuannya buat pertama kali semasa mereka menjalankan ibadah
Umrah di Makkah pada 3 April 2015.
Selain dari media tempatan, media
antarabangsa juga turut membanjiri premis komplek mahkamah dari jam 8 pagi
untuk membuat laporan tentang kes jenayah yang sangat kejam ini.
Sumber: Astro Awani
0 comments:
Post a Comment