Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa
kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air
bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw
yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu,
bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Pada kulit kucing terdapat otot
yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat
menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing
ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok
mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk
membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang
jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri
merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh
membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Telah dilakukan berbagai
penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi
kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut
dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga
penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.
Terus diambil juga cairan
khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
Hasil yang didapatkan adalah:
1. Hasil yang diambil dari
kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan
kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang
diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari
permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
4. Hanya sekali kuman yang
ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang
dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah
yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus.
Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman
yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat
dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak
mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Pendapat para doktor yang
bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud,
ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya
kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Subhanallaah !
Dr. Gen Gustafsirl menemui
bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing,
kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus
dibasuh dengan tanah).
Doktor haiwan di klinik haiwan
Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih
yang bemama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana
air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih
pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga
kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat
dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang
menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Tetapi ketika sebahagian doktor
dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa
badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak
dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah
toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada
tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan
Oleh Kucing
Perhatikan apa yang
diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin
Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu
daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku
ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju
bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi
berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya
mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk
perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin
Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah
semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang
solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah
menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan
sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah
lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah
pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi,
Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Subhaanallah!! Kalaulah bukan
dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan
berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan
oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita
Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
0 comments:
Post a Comment