Seekor kucing menerima pujian dari netizen kerana
kecekalannya untuk meneruskan hidup biarpun merana kesakitan akibat badannya
yang ditembusi anak panah.
Difahamkan,
kejadian berlaku di Korea Selatan.
Anak panah itu
menusuk bahagian kiri kaki kucing tersebut dan tembus semula di bahagian
berdekatan ekornya.
Tidak dapat
dipastikan bila ia dipanah, namun ketika ditemui, dia sedang menyorok di
kawasan bumbung sebuah rumah.
Disebabkan anak panah tersebut, ia tidak dapat
bergerak dengan baik dan kelihatan trauma.
Doktor haiwan
dipanggil untuk membawa kucing itu bagi rawatan untuk membuang anak panah dari
badannya.
"Saya rasa
keadaannya sangat serius," kata doktor yang merawat kucing itu.
Pembedahan
dilakukan untuk membuang senjata tajam tersebut dan doktor berjaya membuang
anak panah itu dengan jayanya.
Menurut doktor, kucing itu sangat bernasib baik kerana anak
panah itu tidak terkena organ-organ vital di dalam badannya seperti buah pinggang,
hati dan limpa.
Hasil ujian yang dilakukan oleh pakar pemanah
mendapati kucing itu mungkin ditembak dari jarak kurang dari 3 meter.
: Siakapkeli
0 comments:
Post a Comment