GUIGANG (China) – Seorang budak
lelaki berusia lapan tahun terperangkap di celah tembok selepas bermain
sorok-sorok dengan rakannya.
Satu rakaman
video yang tular di media sosial di China menunjukkan detik-detik anggota bomba
membebaskan budak itu dari celah tembok yang sempit berkenaan.
Media tempatan
melaporkan, budak itu bermain sorok-sorok bersama enam rakannya di sebuah
kampung di Guigang di wilayah Guangxi pada 23 September lalu.
Budak itu yang
dikenali sebagai Huang bersembunyi di celah dua tembok yang sempit tetapi
terperangkap akibat ruangannya yang sempit.
Rakan-rakannya
menemui Huang menangis di celah tembok itu sebelum mereka meminta bantuan orang
yang lebih dewasa.
Gambar yang
dirakam bomba menunjukkan Huang mengikut arahan sebelum dia berjaya dikeluarkan
dari celah tembok itu.
Anggota bomba
meletakkan kusyen udara di celah dinding itu dan mengembangkannya untuk membuka
ruang bagi membebaskan budak itu.
Dalam tempoh 10
minit, Huang berjaya menggerakkan badannya sebelum keluar dari celah dinding
berkenaan.
Huang segera
dibawa ke hospital untuk pemeriksaan tetapi dia tidak mengalami sebarang
kecederaan serius dan dibenarkan pulang. – Agensi/myMetro Online
0 comments:
Post a Comment