بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Pengalaman cemas menghadapi suami
diserang stroke atau angin ahmar tidak dapat saya lupakan. Kata doktor ada
pendarahan dalam otak bahagian dalam. Risiko tinggi kalau dibedah. Longlai
terasa seluruh badan. Dua hari lagi sepatutnya kami akan berada di Dewan CAC
UIA menyaksikan dua orang anak bujang kami menerima ijazah serentak di Majlis
Konvokesyen. Sehari selepas itu kami sepatutnya akan bertolak ke Tokyo
menghadiri seminar. "Prof mungkin tak boleh jadi pensyarah
lagi...." kata doktor supaya kami bersedia dengan segala kemungkinan yang
akan berlaku. Pada saat-saat begitu tiada siapa yang boleh membantu
kecuali Allah swt. Memohon kepada Allah agar suami diberi peluang untuk sembuh
dan beribadat dan mengharapkan agar saya ada peluang lagi menyempurnakan tugas
sebagai isteri menjaga suami tercinta. 2 hari selepas diserang stroke "Ibu
bersabarlah, Insya Allah abah akan sembuh. Doa ini dari Jibril yang diajarkan
kepada Rasulullah saw sewaktu cucu Baginda sakit. Jibril kata cucu Baginda
diserang oleh sejenis jin bernama Rihul Ahmar yang pernah datang kepada Nabi
Sulaiman as dengan bongkaknya sehingga Nabi Sulaiman as pun menggeletar
badannya melihat dahsyatnya rupa jin itu. Dia akan masuk ke dalam badan anak
Adam dan merosakkan sistem saraf, otak, jantung. .Nabi saw berpesan supaya kiat
membacanya sekurangnya2 sekali seumur hidup" Kata menantu saya, Iswandi,
selepas membacakan doa menolak angin ahmar kepada bapa mertuanya yang sedang
terbaring dalam wad kecemasan. Beliau membaca dengan khusyu' sambil memicit-micit
ibu jari kaki suami saya. Saya yakin dengan kata-kata menantu yang sangat wara'
ini. Dengan rahmat Allah, selepas beberapa jam kemudian, suami saya mula pulih.
Pendarahan dikepala semakin mengecil dan terus hilang. Sekarang alhamdulillah
beliau sudah benar- sembuh. Doktor pakar sendiri mengatakan ianya suatu
yang ajaib. Kes ke dua. Baru-baru ini anak saya, Liyana, memberikan salinan doa
ini kepada seorang wanita yang sedang menunggu ibunya di wad ICU kerana ibunya
sudah 3 hari tidak sedar akibat serangan stroke. Dengan rahmat Allah selepas
saja selesai membacakan doa itu ke telinga ibunya, tiba2 ibunya membuka mata.
Dia datang menemui anak saya di luar wad mengucapkan terima kasih dengan
linangan airmata. Apabila meneliti makna doa, memang patutlah ia menjadi amalan
kerana ia bukan saja menolak angin ahmar tetapi juga perlindungan dari segala
penyakit dan mara-bahaya. Angin ahmar boleh menyerang sesiapa saja, tanpa
mengira usia dan keadaan badan mangsa. Suami saya seorang yang rajin melakukan
jogging pagi dan petang. Seorang rakan sekolah anak saya diserang stroke pada
umur 17 tahun dan terus meninggal. Seorang sahabat saya yang sangat menjaga
pemakanan dan aktiviti harian mendapat stroke. Saya membuat kesimpulan
jin laknat ini akan menyerang siapa saja yang dikehendakinya. Allah memberi
kita peluang untuk memohon perlindungan maka rugilah sesiapa yang
mensia-siakannya. Dikatakan serangan stroke ke atas wanita adalah lebih berat
impaknya berbanding dengan lelaki. Bermakna satunya2 pertahanan kita yang tinggal
adalah doa yang diajarkan Rasullah saw yg dihadiahkan oleh Yan g Maha Esa ini
Di sini saya sertalkan ayat, makna dan sejarahnya untuk manfaat semua.
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari
Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan
melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku
takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya;
segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci
Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan
nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan
nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi
dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami
turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk
orang-orang yang beriman. Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang
menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau
takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung
dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan
Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian
kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan,
kemalasan, kemunduran dan kebinasaan. Ya Allah, lindungilah penanggung
(pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan
sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan.
Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki
keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai
pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang
menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap
orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan
yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang
banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha
Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi
dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke
atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin
Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan
daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf. Maha Suci Engkau; yang apabila
Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah
ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang
menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi
pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai
Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan
orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada
kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai
Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang
meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon
pertolongan. Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak
memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai
Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai
Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha
Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai
Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri
dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas
tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku,
wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan. Wahai
yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai
Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian
orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan
miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam;
wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai
Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan
sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai
Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha
Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah
orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan
orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang
bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai
Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik
pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah
pada Hari Pembalasan. Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya
kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan
kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan
hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan
hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah
hitam. Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit
Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat
dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara.
Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang
melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan
kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan
gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya
Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya
orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh
malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan
setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di
atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua
aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang
Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan
tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung. Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai
Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan,
Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah
ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan
Pemerintah Seluruh Alam. Amiin… SEJARAH DOA ANGIN AHMAR (dipetik dari
blog .srikasih.)l Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas
singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai
bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan
demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya.
Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah
sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya. Lembaga itu menjawab,
ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain
penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan
kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti
darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada
sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam
badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk
menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga
binasalah keseluruhan anggotanya. Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan
mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul
Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat
demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan
umurnya. Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W.
Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap
sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan
sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan
memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar. Bila ditanya
tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar
kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W
mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu
kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.
Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga
dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat. Rasulullah telah bersabda
kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya
kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri
dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah. Katakanlah; 'Aku
beriman kepada apa yang datang dari Allah dan RasulNya.'
0 comments:
Post a Comment