Tuesday, August 15, 2017

Filled Under:

AWAS! INILAH Tips Mengesan Jika Pasangan Anda Curang Atau Tidak…? JOM KETAHUINYA…


Haa apa lagi? Jalankan misi anda untuk menjadi pengintip yang berjaya! Apa-apa pun, anda lebih mengenali pasangan anda. Lebih baik jika anda melihat dengan mata sendiri daripada anda mendengar cerita dari orang lain.
Kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam perhubungan tetapi kita juga tak boleh kawal sejauh mana keikhlasan pasangan kita dalam satu hubungan. Kadang-kadang depan kita pijak semut pun mati tapi belakang kita macam-macam yang terjadi.
Tapi macam mana nak kesan kalau pasangan anda tidak jujur dalam perhubungan? Manusia ni ada macam-macam perangai. Ada yang nampak macam penipu padahal dia sangat cintakan kita. Ada juga yang nampak benar-benar menyayangi kita tetapi rupanya fake semata.
Jom kita tengok antara tips bagaimana mahu mengesan si dia yang tidak jujur dalam perhubungan atau tidak.
Sila perhatikan tindak tanduk si dia
Maksudnya di sini jika anda sudah biasa dengan pasangan anda, pasti anda akan dapat mengesan jika ada tindak-tanduk si dia yang berbeza. Cuba perhatikan sama ada dia selalu pegang handphone ke tak? Atau dia marah tak apabila anda mengambil handphone dia? Atau perhatikan jika ada tabiat yang berbeza seperti menggigit kuku, atau sentiasa melihat jam atau gerak geri yang mencurigakan apabila melayari Internet atau telefon.
Tanya soalan yang betul
Jika pasangan anda memberi 1001 satu alasan atau bersikap defensif mungkin ada yang tidak kena. Gunakan soalan mengumpan untuk mengetahui jawapan si dia. Tapi ingat jangan tanya soalan dalam keadaan marah kerana takut ia akan menimbulkan ketegangan antara anda dan dia.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar
Kalau dulu dia yang paling gembira kalau diajak ‘dating’ atau keluar bersiar-siar tetapi sekarang ini dia selalu memberikan alasan untuk tidak meluangkan masa bersama anda. Mungkin dia sudah bosan atau sibuk? Pastikan anda selidik kedudukan sebenar si dia!
Perubahan sikap yang ketara
Kadang-kadang kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan dia sering memarahi dan memalukan anda di khalayak ramai. Mungkin dia sudah jelek dengan anda dan mahu menimbul kebencian anda terhadap si dia dan berharap anda meninggalkan si dia. Ada juga pasangan sebegini, jadi hati-hati ya.
Menggunakan telefon secara sorok-sorok
Jika sebelum ini dia tidak kisah anda membaca SMS atau mengangkat panggilan telefon, tetapi dia marah jika anda sentuh telefon dia dan tiba-tiba tabiatnya berubah dengan menjawab panggilan di tempat yang jauh dari kamu, hati-hatilah.
Tiba-tiba marah kalau tanya tentang aktiviti si dia
Mungkin kamu ingin mengambil berat kerana kamu sayangkan si dia tetapi dia mudah menyalah anggap kamu ingin mencurigai si dia.
Haa apa lagi? Jalankan misi anda untuk menjadi pengintip yang berjaya! Apa-apa pun, anda lebih mengenali pasangan anda. Lebih baik jika anda melihat dengan mata sendiri daripada anda mendengar cerita dari orang lain.






0 comments:

Post a Comment