Bismillah … Kecurian barang
mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang.
Dulu-dulu- Semasa di asrama selalu juga terkena. Hilang selipar
sebaik solat berjemaah di surau, hilang kain baju di ampaian and hilang
barang-barang peribadi di dorm dianggap asam garam biasa di asrama.
Semasa saya menyewa di Kuala Lumpur pun, saya pernah
mengalaminya dan paling saya terkilan- Dompet yang dicuri (ya, dicuri oleh
penghuni dalam rumah tu sendiri) mengandungi hampir separuh gaji saya yang
dikeluarkan untuk membayar hutang, kad-kad bank, kad pengenalan dan yang paling
saya tak halalkan adalah rantai leher saya pemberian emak yang putus menunggu
dibawa ke kedai emas.
Sampai sekarang pun, kalau saya teringat rantai emas tu, saya
akan berasa sangat bersalah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah orang
yang mengambil tu. Allahu.
Bukan tak redha … Tapi perbuatan tu sangat bodoh dan orang yang
tak tahu dosa pahala je yang sampai hati buat macamtu.
Saya yakin dia sekarang sedang
menanggung azab menyimpan barang curi sebab saya tidak lagi tinggal di situ dan
dia pun dah tak boleh cari saya lagi.
Wang dan kad-kad tu tidak lagi saya kenangkan. Jauh di sudut
hati, moga ada bantuan Allah untuk kembalikan semula rantai emas yang terukir
nama saya tu.
Saya ada terbaca satu kaedah dan pendekatan doa bagi ikhtiar
untuk mengembalikan barang yang dicuri.
[1] Sebelum membaca doa, bayangkan wajah orang yang mengambil
barang tersebut. (Bukan untuk menuduh, ya) Kalau tidak pasti atau tidak cam,
bayangkan sahaja wajah orang secara umum.
[2] Baca ayat dari surah Ar-Rad ayat 31 sebanyak 31 kali pada
waktu tengah malam sebelum tidur. Sebelumtu, maafkanlah semua orang termasuk si
pencuri tersebut dan niat kita hanyalah memohon agar barang tersebut
dikembalikan. Insya Allah, dengan izin Allah barang tersebut akan kembali
dipulangkan.
Nampak macam magic, ya. Tapi kuasa Allah, tiada siapa boleh
menafikannya. Kalau Allah ‘kata’ jadi, maka jadilah sesuatu atas kehendaknya.
Kita hanya berikhtiar. Lagipun Allah dah pesan doa orang teraniaya mudah didengari
dan ditunaikan. Paling pasti, kena yakin dengan Allah.
Yang mencuri tu pun-
Senipis-nipis iman dia, dia akan rasa tangkai hatinya ‘dicuit’ dosa. Doakanlah.
0 comments:
Post a Comment