Kucing mempunyai keupayaan untuk menyelinap
masuk melalui ruang yang sempit. Hal ini kerana kucing mempunyai tulang
belakang yang sangat fleksibel dan berupaya melenturkan badannya.
Kucing juga sangat mahir mencari tempat-tempat yang selesa
untuk tidur atau bersembunyi yang kadang-kadang kita sendiri tidak
terfikirkannya.
Bagi pemilik kucing, anda pasti pernah melihat kucing kesayangan
anda memuatkan badannya dalam bekas atau ruang yang sempit bukan?
Gambar-gambar di bawah menunjukkan
kucing-kucing ini berjaya memuatkan badannya di dalam bekas dan ruang yang
sempit.
Semoga terhibur!
#1 Bijak! Pasti tuannya tidak perasan kucingnya berada di
dalam singki ini.
#2 Mungkin ini
tempat yang paling selesa buat kucing ini.
#3 Barangkali
kucing ini sedang bermain sembunyi-sembunyi.
#4
Kucing-kucing ini sanggup tidur berhimpit di dalam kotak yang sempit ini.
#5 Tidak
gaduh! 4 ekor kucing ini masing-masing mempunyai ruang rehatnya sendiri.
#6 Comel!
Kasut ini menjadi tempat tidur anak kucing kelabu berbulu gebu ini.
#7 Kucing
putih ini cuba bersembunyi di dalam kotak yang sempit ini.
#8 Kepuasan!
Perebutan tempat tidur yang selesa ini akhirnya menjadi milik
kucing berbelang coklat ini.
#9 Hampir
tidak perasan ada kucing rupanya di dalam lubang pada laluan jalan kaki yang
berlubang ini.
#10 ‘Ini
tempat saya’ mungkin itulah yang dibisikkan oleh kucing berbelang kelabu ini
apabila menjumpai ruang pada dinding yang pecah ini yang memuatkan badannya.
#11 Jangan
salah faham, kucing ini bukan untuk dijual ya.
#12 Kucing
ini kelihatan tidak rasa bersalah apabila duduk di dalam mangkuk yang kecil
ini.
0 comments:
Post a Comment