Sekirnaya suatu ketika
dahulu, jenama beg seperti Swan pernah mendominasikan dunia persekolahan
rendah. Namun kini, zaman mungkin sudah berubah, apabila jenama-jenama yang
pernah popular suatu ketika dahulu dilihat seperti kurang popular pada masa
sekarang
ekeping gambar yang memaparkan
seorang pelajar sekolah rendah yang memakai sebuah beg berjenama Supreme X
Louis Vuitton telah jadi tular di laman Facebook.
Apa yang menariknya, gambar tersebut bukanlah diambil di luar
negara, sebaliknya, gambar tersebut dipercayai telah diambil di sebuah sekolah
rendah di Pulau Pinang.
Berdasarkan daripada harga
yang dipaparkan di laman eBay, beg yang dipakai oleh pelajar tersebut bernilai
lebih kurang RM44,000.
Beg berjenama Supreme X Louis Vuitton yang berwarna merah
yang dipakai oleh pelajar tersebut telah mendapat perhatian netizen yang
kemudiannya mempertikai keaslian beg tersebut.
Menurut beberapa orang
netizen, beg yang dipakai oleh pelajar tersebut bukanlah yang asli, sebaliknya
ianya mungkin tiruan kerana terdapat sedikit perbezaan berbanding dengan yang
asli seperti pada bahagian butangnya yang berwarna perak, di mana ianya
sepatutnya berwarna merah.
Selain daripada beg itu,
kasut Nike Sock Dart yang bernilai RM349 turut mendapat perhatian yang serupa
daripada netizen.
Berdasarkan kepada pakaian
seragam yang dipakai oleh kedua-dua pelajar dan kain rentang berbahasa Inggeris
yang terdapat di dalam gambar ini, tertanya pelajar tersebut merupakan pelajar
di salah sebuah sekolah antarabangsa di Pulau Pinang.
Jadi tidak hairanlah sekiranya ibu bapa mereka mampu untuk
memberikan barang-barang mahal untuk dipakai oleh anak-anak mereka di sekolah.
0 comments:
Post a Comment