Manusia secara fitrahnya suci dan baik.
Namun, sikap itu perlahan-lahan berubah disebabkan pendidikan dan persekitaran.
Terdapat manusia yang pemurah dan manusia yang pentingkan diri sendiri. Itulah
kehidupan dalam dunia ini. Semua itu bergantung kepada pilihan kita sama ada
memilih jalan hitam atau jalan putih.
Beberapa gambar di bawah menunjukkan situasi yang sangat
menyentuh hati, mereka sanggup menghadapi pelbagai risiko untuk
menyelamatkan haiwan dan juga manusia yang dalam kesusahan. Ayuh, saksikan gambar-gambar
di bawah.
1.
Perasaan kita jika terjumpa dengan Superman, Batman dan Spiderman sudah
tentu seronok. Di sebuah hospital di Le Bonhour, para pekerja pembersihan akan
memakai kostum adiwira ketika kerja-kerja pembersihan dilakukan. Hal ini
dilakukan untuk menaikkan semangat kanak-kanak di hospital agar cepat pulih
2. Ketika
kejohanan marathon di Taiwan, Jacquelina Kiplimo membantu seorang peserta yang
kurang upaya. Bantuan itu juga telah membantu peserta tersebut mendapat tempat
pertama dalam kejohanan ini
3. Setiap hari
Ahad, penggunting rambut dari New York ini akan mengguntingkan rambut secara
percuma kepada gelandangan di situ. Sikapnya yang berhati mulia ini sangat
menyentuh hati
4. Dalam satu
cubaan membunuh diri, seorang polis cuba memujuk seorang lelaki untuk
membatalkan niatnya. Polis tersebut cuba menaikkan semangat kepada lelaki ini
supaya meneruskan kehidupan yang baik. Kini, lelaki ini mempunyai dua orang
anak dan telah memberi satu anugerah ketika Yayasan Bunuh Diri Amerika
Syarikat. Lelaki ini telah berubah kepada hidup yang lebih positif selepas mendapat
nasihat daripada polis ini
5. Tidak ada
seorang pun daripada rakan sekolahnya yang hadir pada sambutan hari jadi
kanak-kanak autistik ini. Ibunya yang terdesak meminta bantuan orang ramai
melalui akaun Facebooknya dan tidak lama kemudian, para pegawai bomba serta
kanak-kanak lain datang memenuhi jemputan. Sambutan hari jadinya pada hari itu
bertukar menjadi yang paling bermakna buat kanak-kanak autistik ini
6. Seekor
kucing terjatuh dan hampir lemas di dalam sebuah parit. Namun, hidupnya sangat
bertuah apabila seorang lelaki sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkannya
7. Dua pemuda
Norway ini menyelamatkan anak kambing daripada lemas dibawa arus sungai
8. Gambar ini
pula menyaksikan seekor anak itik yang terperangkap dalam sungai yang sedang
membeku. Lelaki ini datang dan dengan beraninya meredah sungai itu untuk
menyelamatkan anak itik ini
9. Kanak-kanak
perempuan ini sudah pun pandai mengamalkan kerja-kerja kebajikan. Dia sanggup
menjual alatan-alatan haiwannya yang lama bukan untuk diri sendiri tetapi untuk
didermakan kepada sebuah pusat perlindungan haiwan. Tahniah Kiana!
10. Walaupun
sedang bergelut dalam peperangan, lelaki ini sempat menyelamatkan anak kucing
ini
11. Nenek
berusia 84 tahun ini malu untuk memakai baju tidur di hospital. Oleh itu,
cucunya datang dan memakai baju itu bersama. Bukan cucu perempuan, tetapi cucu
lelaki. Nenek ini berasa sangat bahagia apabila mendapat sokongan daripada
cucuny
12. Dobi untuk
para gelandangan
14. Seorang
lelaki terkena serangan jantung ketika membersihkan lapisan salji di halaman
rumahnya. Dia berjaya diselamatkan selapas pihak ambulans datang dan membawanya
ke hospital. Selepas dihantar, paramedik yang membantu lelaki itu datang semula
ke rumahnya untuk membersihkan lapisan salji yang ditinggalny
15. Pekerja
makanan francais Wendy’s sanggup mengeluarkan payung daripada meja makan untuk
membantu lelaki tua ini keluar ketika hujan lebat
16. Sebuah
buaian khas untuk kanak-kanak berkerusi roda dicipta untuk membantu mereka
menjalani hidup seperti kanak-kanak lain
17. Seorang
ahli bomba selamatkan anak kucing hampir lemas selepas rumah tuannya terbakar
18. Seorang
ahli bomba selamatkan kucing yang ketakutan dalam sebuah insiden kebakaran
19. Lelaki
gelandangan ini hanya membaca buku yang sama berulang-ulang. Disebabkan itu,
seorang lelaki yang tidak dikenali menghadiahkan sebuah tab untuknya membaca
pelbagai buku
0 comments:
Post a Comment