Mungkin kita biasa dengar
mengenai penjaga yang mempunyai 32 kucing termasuklah dari baka British shorthair. Namun, pernahkah
kita sangka bahawa ada juga manusia yang mampu bermanja dengan 32 ekor singa.
Malah, bukan di dalam
rumahnya tetapi di dalam kawasan singa tersebut iaitu di Afrika.
Kevin Richardson merupakan
seorang ahli fisio yang mempunyai minat yang mendalam terhadap haiwan bermula
dari reptilia sehingga ke mamalia. Beliau juga terlibat dengan pemuliharaan
spesis kucing besar seperti singa.
Kevin berkebolehan untuk
memahami haiwan-haiwan tersebut dan boleh berbual dengan mereka. Sudah hampir
16 tahun beliau hidup bersama singa-singa tersebut dan menjaga mereka sejak
mereka kecil.
Beliau menggunakan
pendekatan latihan yang seronok dan berjaya membentuk ikatan yang kuat dengan
singa-singa tersebut.
0 comments:
Post a Comment