SHAH ALAM, SELANGOR
- Susulan viral video beberapa pasangan yang mendakwa telah menjadi mangsa
penipuan Zurin Jundi Wedding Planner, ramai individu telah tampil mendedahkan
jumlah kerugian yang dialami setelah dikhianati oleh pemilik syarikat
tersebut.
Lapor laman
Facebook Baitul Muslim, seramai 91 mangsa dari pelbagai negeri tampail
mendedahkan kerugian yang jumlah keseluruhannya dianggarkan hampir setengah
juta.
Sementara itu di
media sosial, netizen turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan dari
pihak berkuasa sedangkan seramai 91 mangsa telah membuat laporan polis.
"Dia tibai
duit 91 orang dan yang peliknya masih ramai lagi yang menggunakan
perkhidmatannya. Malah, terasa pelik kenapa sampai 91 orang yang telah menjadi
mangsanya, tetapi dia masih belum ditangkap?" soal Azrol Ahmad.
Menurut Faizah
Zulfikri, sekitar jam 2 petang tadi, masih ramai individu-individu yang
dipercayai pernah menjadi mangsa penipuan berkumpul di premis Zurin Jundi
Wedding Planner di Johor Bahru.
Sementara itu,
kakak kepada salah seorang pengantin yang juga menjadi mangsa penipuan
berkenaan, Zainatulazlina Zailan, berkata kes adiknya itu bukan individu yang
mengatakan pelaminnya seperti reban ayam.
0 comments:
Post a Comment