PELIK TETAPI BENAR !!!
Pernahkah anda mendengar
haiwan mikro bernama tardigrade? Ia adalah sejenis
haiwan mikro berkaki lapan yang tahan lasak dan boleh hidup lama dalam apa juga
keadaan di bumi. Sama ada bumi dilanda kemarau, dilitupi musim sejuk yang
melampau atau dirosakkan manusia oleh bom nuklear. Haiwan mikro ini akan terus
hidup.
Manusia akan pupus tetapi
haiwan mikro ini mungkin akan terus hidup. Itu yang dinyatakan oleh ahli sains
yang membuat kajian dan penyelidikan keatas haiwan mikro ini.
Nama tardigrade mula
diperkenalkan oleh ahli biologi bernama Lazzaro Spallanzani pada tahun 1777 dan
ia mula diselidiki oleh ahli zoologi Johann August Eprhaim Goeze pada tahun
1773. Juga dikenali sebagai ‘beruang air’ atau ‘khinzir air’, haiwan
mikro ini menjadi antara haiwan paling lasak di dunia.
Tubuh paling besar diukur pada beruang air mikro ini ialah 1.5
milimeter dan yang terkecil berukuran 0.05 milimeter.
Ia hidup di dalam air atau mana-mana
permukaan yang mengandungi air seperti di atas daun atau tumbuhan lain. Asalkan
bumi ini mengandungi air walaupun sedikit, haiwan mikro ini akan selamat dan
hidup.
Walaupun begitu, dalam kajian oleh ahli sains, setelah haiwan
mikro ini dibiarkan kekeringan dan dibekukan, ia dapat kembali hidup seperti
biasa. Bermakna beruang air mikro ini boleh bertahan hidup dalam keadaan yang
sangat ekstrem yang boleh membunuh semua makhluk di bumi.
Tidak hairan yang beruang
air mikro ini boleh ditemui di mana-mana bahagian di dunia , dari pergunungan
Himalaya hingga ke dasar laut dan dari kutub yang sejuk hingga ke kawasan gurun
dan khatulistiwa. Ia boleh bertahan dengan suhu di bawah tahap beku -272 darjah
celcius dan suhu tinggi sehingga 150 darjah celcius.
Bahkan dalam kajian yang
dijalankan , haiwan mikro ini dapat bertahan dengan tahap radiasi sebesar 5,000
gamma ray (Gy) , 1,000 kali lebih tinggi tahap radiasi dari makhluk lain di
bumi. Maka jika terjadi perang nuklear , haiwan ini akan dapat bertahan dan
terus kekal hidup.
Kajian juga mendapati beruang air mikro ini
boleh bertahan hidup tanpa makanan dan minuman selama 30 tahun. Dan semasa
dibawa ke angkasa lepas , ia dapat bertahan di luar angkasa selama 10 hari.
Terbukti haiwan mikro ini amat tahan lasak dalam apa jua keadaan sekalipun.
Kini para penyelidik sedang
menjalankan kajian ke atas DNA tardigrade dengan mencari
punca apa yang menyebabkan haiwan mikro ini sangat kuat dan tahan lasak. Mereka
berharap akan dapat mencipta vaksin menggunakan teknik kehidupan dari tardigrade atau
beruang air ini.
Tardigrade telah
hidup lebih lama dari manusia di bumi selama 10 bilion tahun. Oleh kerana ia
boleh hidup di luar angkasa lepas dan boleh membiak di stesen angkasa lepas ,
mungkin ia boleh bertahan hidup di planet yang lain juga. Amat hebat dan
mengagumkan.
Era Baru
0 comments:
Post a Comment