Zaman kini memang dah biasa
wanita bekerja. Malah ada yang wanita mempunyai gaji lebih besar dari suaminya.
Sekiranya ego berjaya dikawal dan mengetepikan status kerja
dalam keluarga, selalunya boleh hidup bahagia seperti biasa, namun jika ego
menguasai diri, boleh musnah rumah tangga.
Ini merupakan kisah benar seorang isteri yang amat menyesali perbuatannya
terhadap suami sehingga mengahalu suami dari rumah. Apa yang berlaku selepas
kejadian itu tidak dapat ditarik balik.
Jom kita baca kisah ini, dan jadikanlah teladan serta pengajaran
buat kita:
KISAH ISTERI EGO
Assalamualaikum readers….
Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku.
Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman
dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang
lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku
panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.
Bismillah.
KAHWIN MUDA
Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami
aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak.
Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku
terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila
suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.
Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study
pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku
sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang
aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.
Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki
setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu.
Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji
aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi
daripada suami aku.
ISTERI BARAN
Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is
normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta
lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila
aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun
aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku
pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6
bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah
suami aku.
GAJI ISTERI TINGGI, EGO
Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang
banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi
ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami.
Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans
kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans
anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him.
Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami
aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can
physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber
kasih sayang aku.
TAK PERCAYA SUAMI
Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni
memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness
dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku
selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan
dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak
consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit
macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak
tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak
bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun
untuk bisness dia.
RASA SERBA CUKUP
Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup.
Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku
boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku
masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.
Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang
berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling
lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.
Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak
mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.
Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain
(aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak
nak susu dan macam2 lagi.
Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah
tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah
terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.
HALAU SUAMI
Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami
aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah
dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma
bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats
the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.
KEMARAHAN MEMUNCAK SUAMI
Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku
pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni
aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak
kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni.
Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might
still be alive.
Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang
kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat
semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun
perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku.
Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan
perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Rindu dia peluk aku setiap
malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Memang rindu pangilan “sayang”
pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami
berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada
perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.
PESANAN BUAT ISTERI LAIN
Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai
ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah
sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah
kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di
atas.
Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku.
kredit KEBOD MEDIA
0 comments:
Post a Comment