DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DOA NABI SAW AGAR REZEKI
CUKUP DAN DIBERKATI
Mulakan setiap pagi melangkah ke tempat kerja dengan doa berikut
yg diajar Nabi SAW agar hati sentiasa tenang, jauh drp rasa gundah apatah lagi
sentiasa rasa tidak cukup dengan rezeki yang diperoleh. Yang penting bukan
rezeki yg banyak tapi berkat kerana dengan rezeki yg berkat hidup akan sentiasa
tenang, rasa cukup dan membahagiakan.
رَبِّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيهِ ,
وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِي بِخَيْرٍ
“Wahai Tuhanku cukupkanlah rezeki daripada apa yg Engkau
kurniakan bagiku, dan berkatilah ia buat diriku, dan Engkau gantikanlah bagiku
setiap yg hilang daripada diriku dengan sesuatu yang lebih baik”.
TIPS AGAR REZEKI SENTIASA
BERKAT DAN HALAL
Perkara penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang
kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.
Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang
halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di
dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan.
Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah
bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya.
Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki
menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya :
1. Menjauhi pekerjaan haram
dan subahat
Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan
dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan
diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (riwayat at-Tirmizi).
Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan
seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.
2. Bekerja sungguh-sungguh
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang
melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal.”
(riwayat Adailami)
3. Mengadu masalah rezeki
hanya kepada-Nya
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa
kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan
tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada
Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat.” (riwayat
Abu Daud dan al-Tirmizi)
4. Memperbanyakkan
beristighfar
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar,
Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap
kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
pernah disangka-sangkanya.” (riwayat Imam Ahmad)
5. Sabar dan banyak membaca
LA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik
al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu
kesedihannya kepada Rasulullah.
Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan
aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa
quwwata illa billah.
‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW
itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya
berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak
4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)
6. Tawakal sepenuhnya
kepada Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada
Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada
kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di
pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang.
(riwayat Bukhari)
7. Bersedekah dan nafkahkan
harta kepada yang berhak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah
kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan
benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah
seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya
pintu kemiskinan.” (riwayat al-Tirmizi)
8. Tolong agama Allah
dengan menegakkan syariat Islam
Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(Muhammad: 7)
Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam
sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak
sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini
merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan
rezeki yang banyak, lancar dan berkat.
Sebenarnya Allah tidak
memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita
untuk menolong diri kita sendiri. Marilah kita menolong agama Allah, agar
rezeki kita banyak, lancar, halal dan berkat.
0 comments:
Post a Comment