Ilmu
Khas Untuk Suami Isteri Yang Masih Was-Was – Siapa Lebih Utama Mertua Atau Ibu
Bapa Kandung? Ramai Yang Silap Sebenarnya! |Kalau
isteri kewajiban terhadap suami nombor satu, ibu bapa mertua lebih utama dari
ibu bapa sendiri kan? kalo suami plak ibu lebih utama dari isteri kan? tp
nafkah tu mmg isteri la yg mesti diutamakan.. kan? tp kebajikan ibu bapa takleh
diabaikan..
Jawapan:
Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.
Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.
Bayangkan jika sepasang ibu
bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka
sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua
berbanding ibu bapa kandung sendiri.
Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini. Suami ada
tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada tanggungjawab
sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri. Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada
mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa
sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.
Wallahua’lam. Jazakumullahu khair.
Di bawah saya kongsikan fatwa yang sama seperti yang ustaz jawab
di atas.
KEWAJIPAN SEORANG ISTERI:
BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?
Assalamualaikum.
Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah
berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah
tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah
itu sendiri. Benarkah hal ini.
Jawapan:
Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:
Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:
1- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah
untuk berkhidmat kepada mentuanya.
2- Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas
dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.
3- Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak
memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak
wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan
yang terhasil apabila akad nikah berlaku.
4- Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk
memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga
akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula
memerlukan bantuan menantu mereka.
5- Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah
hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.
*Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad bin
Soleh al-Uthaimin, Shaikh ‘Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu’ud, dan
Shaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, Shaikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi
0 comments:
Post a Comment