Pada suatu hari, seperti biasa, Joel dan isterinya, Monica Todd sedang
memandu kenderaan mereka menyusuri sebuah lebuh raya 277 di Alabama. Hari
tersebut adalah hari yang normal seperti hari-hari sebelumnya, sebelum mereka
terserempak dengan seekor burung hantu yang berada di atas jalan raya tersebut.
Burung hantu tersebut berada berhampiran dengan kenderaan yang melalui
jalan raya tersebut dan membahayakan nyawanya. Oleh hal yang demikian, Joel
mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dan
membantu haiwan tersebut.
Burung hantu tersebut
menggenggam seluar Joel dan memanjat badannya dan duduk di atas bahunya. Pada
mulanya, Joel berasa takut kerana dia tidak pernah bermain dengan haiwan-haiwan
yang liar. Setelah beberapa ketika, dia menyedari bahawa burung hantu tersebut
tidak mengapa-apakannya dan hanya ingin mengikut dia dan isterinya pulang ke
rumah.
Joel
masuk semula ke dalam keretanya dan burung hantu tersebut masih berada di atas
bahunya. Burung hantu tersebut juga kadangkala akan menyandarkan kepalanya ke
bahu Joel dan Joel berasa seronok dengan perbuatannya itu.
Isterinya, Monica telah
menelefon pihak renjer hutan yang berhampiran untuk datang dan mengambil buung
hantu tersebut. Setelah beberapa minit, renjer tersebut telah sampai dan dia
amat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh burung hantu itu. Menurutnya,
sepanjang pengalamannya sebagai renjer hutan, dia tidak pernah melihat seekor
haiwan liar berjinak-jinak dengan orang yang baru sahaja ditemuinya.
Namun, setelah siasatan
ringkas dijalankan, renjer hutan tersebut mendapati bahawa burung hantu
tersebut adalah seekor burung hantu yang buta. Tindakan yang dilakukan oleh
pasangan suami isteri tersebut amat dipuji kerana sekiranya mereka tidak
menyelamatkan haiwan tersebut, kemungkinan ia telah dilanggar oleh kenderaan yang
melalui kawasan tersebut.
sumber iluminasi
0 comments:
Post a Comment