Setiap haiwan memiliki keunikan dan ciri khas yang dikurniakan Allah SWT
untuk hidup di dunia ini. Antara kelebihan yang diberikan kepada haiwan adalah
seperti mempunyai bulu lebat dan berkulit tebal untuk bertahan dalam cuaca
sejuk yang melampau seperti di negara beriklim sejuk ataupun kutub utara dan
selatan.
Namun, ada antara mereka
mempunyai usia tidak begitu panjang dan ditemui mati sejuk beku dalam keadaan
menyayat hati. Kami kongsikan 9 jenis haiwan yang pernah dijumpai mati di bawah
paras beku:
#1
Musang
Seorang
pemburu, Franz Stehle, dari Jerman telah mengeluarkan satu blok
ais yang mengandungi seekor musang di dalamnya. Menurut Franz, musang itu telah
jatuh ke dalam Sungai Danube yang sejuk sehingga mati lemas
Sejak dikeluarkan pada Januari
2017, musang sejuk beku itu dipamerkan kepada orang ramai di luar hotel milik
keluarga Franz di Fridingen. Menurut pemburu terbabit, kejadian seumpama itu
agak biasa terjadi kerana dia pernah nampak haiwan lain seperti seekor rusa dan
babi hutan yang beku.
#2
Ikan kap
Perkhidmatan
Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat telah berkongsi gambar yang diambil oleh
seorang pengunjung tetap ke Tasik Andes, Kelly
Preheim yang diambil pada tahun 2015.
Kejadian seperti ini berlaku
kerana hidupan kekurangan oksigen akibat pembekuan permukaan air. Apabila
permukaan air membeku, sinaran matahari akan terhalang dan seterusnya alga dan
tumbuhan tidak dapat menjalani proses fotosintesis untuk menghasilkan oksigen.
Apabila ikan-ikan ini mati, lebih banyak oksigen yang digunakan kerana proses
penguraian yang berlaku.
#3
Rusa elk
Pada
tahun 2014, elk
ini dijumpai di tengah tasik berdekatan Bodo di utara Norway
oleh Inger Sjøberg yang sedang meluncur ais. Elk ini dipercayai terjatuh ke
dalam tasik sebelum ais mengeras sepenuhnya.
#4
Koyote
Gambar
koyote beku di Kanada ini ditangkap oleh seorang
jurugambar bernama Sabine Cane. Beginilah keadaan haiwan ini semasa
dijumpai - di tepi jalan dalam keadaan duduk dan membeku. Menurut Sabine,
kawasan itu mengalami suhu di bawah 30C selama dua minggu berturut-turut semasa
musim sejuk pada tahun 2008.
#5
Keldai
Sekumpulan keldai
dijumpai dilitupi salji dan ais di kawasan pedalaman Turkey
berdekatan Sanliurfa yang menghadapi cuaca paling sejuk di negara itu.
Semasa pasukan penyelamat
menjumpai keldai-keldai ini, beberapa ekor daripadanya tidak dapat berjalan kerana
kaki yang hampir beku akibat cuaca yang terlalu sejuk. Namun kesemua keldai ini
akhirnya dapat diselamatkan dan dihantar ke pusat perlindungan.
#6
Katak
Walaupun
nampak seperti ia sedang tidur, sebenarnya katak
ini tidak akan lagi melompat kerana ia sudahpun tidak bernyawa.
Dipercayai
katak ini terpedaya dengan suhu yang naik mendadak secara tiba-tiba dan keluar
daripada hibernasi untuk mencari teman persenyawaan di sekitar tasik di Oslo.
Ketika itulah tasik menjadi beku dan katak ini tidak sempat pulang ke pangkal
jalan.
#7
Moose
Semasa
berjalan di perkampungan Alaska pada tahun 2016, pendaki
bernama Brad Webster dan rakan-rakannya terserempak dengan dua
ekor moose jantan yang mati beku ketika dalam posisi sedang bertarung.
Ketika
moose itu dijumpai, ia merupakan penghujung musim mengawan. Barangkali
kedua-dua ekor moose ini sedang berkelahi berebutkan wilayah jajahan atau moose
betina.
Seorang bekas ahli biologi,
Bill Samuel dari University of Alberta memberitahu National Geographic bahawa
beliau tidak pernah menyaksikan situasi seumpama itu. Sungguh menakjubkan.
#8
Ikan hering
Pada
musim sejuk tahun 2014 di Norway, satu fenomena ganjil terjadi di mana ais
membeku dengan terlalu cepat sehingga terlalu banyak ikan hering yang tidak
sempat menyelamatkan diri.
Ingolf Kristiansen sedang bersiar-siar bersama anjing
peliharaannya di sepanjang teluk Lovund ketika dia ternampak keadaan air yang
dipenuhi ikan beku itu.
#9
Ikan pameran
Haiwan
terakhir ini mati beku bukan disebabkan alam semula jadi tetapi berpunca
daripada perbuatan manusia.
Sebuah gelanggang luncur ais di Jepun
mempamerkan 5,000 ekor ikan yang beku di dalamnya. Gelanggang yang
dibuka di dalam taman tema Space World di Kitakyushu pada November 2016
kononnya ingin mendidik pengunjung berkenaan hidupan laut.
Walau bagaimanapun pihak
pengurusan menerima kecaman hebat daripada netizen dan orang ramai kerana
dikatakan menyokong penderaan dan kekejaman ke atas haiwan. Gelanggang itu
ditutup selepas hanya beberapa minggu dibuka.
0 comments:
Post a Comment