Monday, August 28, 2017

Filled Under:

Endometriosis Punca Fizo Dan Pasangan Sukar Dapat Zuriat, Dan Mungkin Juga Anda? Ikuti Perkongsian Doktor Ini Cara Merawatnya


Anda dan pasangan sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan zuriat? Jika pasangan anda sering menghadapi masalah kesakitan senggugut yang teruk sebelum ini, Endometriosis mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran pasangan anda untuk mengandung ataupun sering mengalami keguguran. Apa itu Endometriosis? Seorang pengamal perubatan telah berkongsi pengalamannya merawat pasangan Fizo Omar, Mawar yang turut menghidapai masalah tersebut. Kami bawakan untuk anda perkongsian Dr Hamid Arshat di facebooknya dalam menangani penyakit tersebut.

Penyakit endometriosis merosak peranakkan. Saluran fallopian boleh tersumbat. Cyst boleh tumbuh dalam ovary. Rahim boleh bengkak dan melekat kepada usus.

Dengan rawatan sewajar, masih ada peluang hamil dengan izin Allah

Kisah pasangan Fizo dan Mawar



Mawar dan Fizo jumpa saya untuk kali pertama pada 6 hb Januari 2016 . Mereka telah kahwin selama 2 tahun lebih, tapi belum dikurniakan rezeki zuriat. Mereka jumpa saya untuk perundingan dan rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan.


Apabila saya kaji sejarah kesihatan Mawar ialah masalah senggugut yang beliau alami sejak zaman remaja.

Kesakitan ini ada kalanya sangat teruk dan memerlukan ubat penawar sakit. Setelah berkahwin, senggugut ini terus mengganggu. Ini satu tanda penyakit dalam peranakkan, khususnya endometriosis.

Senggugut tanpa penyakit biasanya akan lenyap dengan sendiri selepas berkahwin.

Tiada gejala atau gangguan lain. Setelah menjalani pemeriksaan dan ultrasound scanning, saya dapati Mawar mengidap penyakit endometriosis , dengan ovarian cyst kanan, rahim bengkak sebab adenomyosis dan rahimnya retroverted.

Setelah berbincang, mereka setuju untuk menjalani pembedahan laparoscopy dan minilap.
Dalam pembedahan tersebut yang dilakukan pada 14 hb Januari 2016.

Penemuan dalam pembedahan amat mengejutkan; endometriosis telah keperingkat 4 , rahim lekat kepada usus dan kedua2 saluran fallopian tersumbat dan cyst 4 cm pada ovarykanan. Banyak parut2 dan lekatan akibat penyakit endometriosis.

Dalam pembedahan saya buang cyst, baik pulih kedua saluran fallopian dan rahimnya diperbetuikan daripada retroverted kepada anteverted.

Dengan situasi kerosakkan terok pada peranakkan, Mawar perlu berusaha keras untuk membaik pulih peranakkannya.

Disamping itu haidnya perlu dihentikan untuk 3 bulan atau lebih untuk membantu peroses pemulihan. Saya berikan suntikan lucrin sekali yang berkesan selama 3 bulan. Kesannya saperti orang menopause; hormon estrogen disekat sepenuhnya.

Simptom-simptom menopause memang amat dirasai olih Mawar, khususnya panas badan, gangguan-gangguan emosi dan tidur, lenguh-lenguh sendi dan lain-lain. Fizo pun sering ceritakan hal ini pada saya.

Tempoh ini sangat penting untuk beri peluang kepada peranakkan untuk menjalani peroses baik pulih. Disamping itu, Mawar perlu makan bahan-bahan yang berzat dan berkhasiat. Saya nasihatkan 70% makannya terdiri dari yang mentah dan segar.

Mawar juga diberi supplement multivitamin, vitamin C, vitamin E, fish oil dan calcium.

Saya periksa Mawar setiap 3 bulan dan setahun lepas pembedahan masih lagi belum hamil. Tapi bila saya scan rahim nya normal dan anteverted.

Saya ingin tahu samaada saluran fallopian yang dulu tersumbat dan telah saya repair sudah pulih atau belum. Pada 27 hb Februari 2017, Mawar menjalani x-ray HSG.

Alhamdulillah, keputusan nya kedua-dua fallopian tube sudah terbuka, hanya ada sikit peritubal adhesion.

Saya nasihatkan Mawar dan Fizo jika masih belum hamil dalam tempoh 6 bulan, sebaiknya buat rawatan bayi tabung uji atau IVF.


Alhamdulillah, pada 16hb Mei Mawar disahkan hamil, lambat haidnya selama 4 hari. LMP 12 hb April 2017.




0 comments:

Post a Comment