Monday, August 28, 2017

Filled Under:

Bayi organ di luar mahu ‘dimatikan’ doktor kerana menyangkakan bayi itu tidak akan hidup normal, tetapi hidup sihat seperti bayi normal


Ibu bayi tersebut menekankan untuk menjaga bayinya selepas membuat kajian dan carian sendiri mengenai penyakit yang dihidapi anaknya.
Jika Holy Hodgson mendengar kata doktor, dia tidak akan memiliki anaknya yang sihat.



Apabila ibu dari Brisbane ini mengibas bayinya semasa beliau masih mengandung, dia ketahui bahawa anak yang bakal dilahirkannya mengalami masalah gastrochisis – keadaan di mana kandungan atau intestine bayi serta organnya berada di luar badan melalui lubang dari pusat.

“Semasa saya bertemu ahli radiologis, dia memberitahu bahawa keadaan ini bukanlah baru dan terdapat bayi yang dapat dibesarkan dengan sihat, tetapi apabila saya bertemu dengan doktor, dia memberitahu bahawa saya perlu ‘mematikan’ anak saya,” Holly memberitahu Kidspot.




Dia mengetahui bahawa 90-95 peratus bayi yang dikesan menghadapi penyakit ini dilahirkan dengan selamat.

Dalam kes iini, Holly sudah membuat kajian dan carian mengenai masalah ini, di mana ianya hanya memberi kesan kepada seorang daripada 5,000 bayi yang dilahirkan.

Disebabkan kajian yang dilakukan, dia kini memiliki bayi yang cantik, sihat dan gembira.
“Saya berasa marah dan sedih mengingatkan perkara yang doktor itu katakana,” Holly berkata mengenai tindakan doktor yang mahu ‘mematikan’ anaknya dengan alasan bahawa bayi yang dilahirkan tidak akan hidup normal.


Anaknya Teddy dilahirkan pra-matang denagn berat hanya 1.9 kg pada 14 Disember 2015 dengan usus kecil dan usu besar berada di luar perutnya yang kecil.
Organnya yang tergantung dibungkus dengan beg silo selama 13 hari sementara menunggu hari di mana perutnya menjadi cukup besar untuk organ tersebut dibedah dan diisi ke dalam perutnya semula.

Bayinya ini merupakan hadiah sempena sambutan Hari Natal dan apa yang Holly mahukan ialah pelukan daripada anak kecilnya. Dua hari selepas Hari Natal, Holly mendapat apa yang dimahukannya, iaitu dia dapat memegang dan memeluk anaknya.
Teddy membesar dengan sihat dan dibenarkan untuk pulang selepas 8 minggu kemudian. Dalam tempoh tersebut, Teddy dijaga rapi dan sering kali dipantau oleh pihak hospital.
Melihatkan keadaan Teddy sekarang, anda tidak akan dapat mengesan bahawa dia pernah sakit sehingga pihak doktor memberi pilihan untuk mematikannya.


Dia kini membesar seperti bayi biasa sebayanya. Pastinya, perkara utama yang mengembirakan Holly dan suaminya, Stephen ialah melihat bayinya membesar dengan gembira dan sihat.






0 comments:

Post a Comment