Kali ini admin nak
menceritakan sedikit mengenai isu ketum yang agak popular di Kedah. Tahukah
anda apa itu ketum? Sebenarnya, untuk pengetahuan pembaca setia orangkedah.com,
daun ketum digunakan oleh orang tua-tua sebagai minuman pemulih tenaga untuk
wanita yang baru bersalin, digunakan sebagai rawatan membuang angin dalam
badan, dijadikan rawatan sakit belakang dan boleh juga melegakan cirit-birit.
Namun apa yang membuatkan air
ketum tidak boleh dijual sesuka hati apabila ianya disalahgunakan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab sehingga memberi kesan yang boleh memudaratkan diri
seseorang. Pengambilannya secara berlebihan akan membuatkan seseorang itu mabuk
dan berkhayal. Kandungannya yang mempunyai Mitraginin membolehkan seseorang itu
ketagih dan keadaan ini amat membimbangkan kerana air ketum sudah popular dalam
kalangan remaja yang baru hendak mengenal erti dunia sebenar.
Terdapat juga beberapa kesan
yang boleh didapati apabila kerap menggunakan air ketum. Misalnya, seseorang
itu akan susut berat badan, bibir menjadi kering, sembelit, insomnia dan
anoreksia. Lagipun air ketum ini sudah dikategorikan sebagai barang larangan
sejak tahun 2003 lagi
Terbaru,
menurut laporan daripada Astro Awani kanak-kanak yang baru berusia tujuh tahun
telah dikesan terjebak dengan ketagihan air ketum di Kedah. Menurut Pengarah
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah iaitu Mahadzir Elias berkata punca
keadaan ini berlaku adalah kerana berlakunya kekreatifan dan inovasi terhadap
bentuk air ketum itu sendiri. Sekarang air ketum yang dihasilkan adalah dalam
bentuk lolipop dan jeli.
Inovasi yang dilakukan ini
telah mendorong lebih ramai masyarakat untuk terjebak serta menyukarkan pihak
berkuasa melakukan penguatkuasaan. Katanya lagi air ketum ini sudah serupa
minuman 3-in-1 dah hanya perlu masukkan ke dalam cawan, tuang air panas dan
lepas itu minum la. Cara yang terbaru ini adalah untuk memudahkan urusan mereka
mengaksesnya di dalam pasaran.
Untuk pengetahuan pembaca
setia orangkedah.com. Menurut Pengarah AADK, Kubang Pasu merupakan daerah
tertinggi di negeri Kedah yang mencatatkan penagih air ketum dan diikuti dengan
Padang Terap. Pihaknya juga turut mengesan lebih 16 hektar ladang daun ketum di
daerah Kubang Pasu dan 12 hektar ladang daun ketum di daerah Padang Terap. Bagi
masyarakat yang tidak terjebak lagi dengan air ketum ini diharapkan agar segera
menjauhinya kerana ianya boleh memudaratkan diri kita sendiri jika digunakan
dalam kuantiti yang berlebihan.
0 comments:
Post a Comment