Wednesday, August 16, 2017

Filled Under:

10 JENIS-JENIS HANTU DALAM KEPERCAYAAN MELAYU .. YANG MANA KORANG PERNAH JUMPA?

Hantu pada asasnye terbahagi kepada dua. Pertamanya ialah ia merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang telah mati. Ia juga dianggap roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas kematiannya.
Keduanya, ia merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, terdapat beberapa jenis hantu atau jin yang dipercayai pernah mengganggu kehidupan manusia.
Hari ini, Mr R akan mengajak korang mengembara ke alam yang misteri dan menakutkan dengan mengenali beberapa jenis hantu dan jin yang dipercayai pernah mendatangi manusia. Jom tengok…
Pertama  :  Pontianak



Pontianak dipercayai masyarakat Melayu berasal dari perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Pontianak dipercayai berpakaian serba putih dan mengeluarkan suara hilaian yang menakutkan untuk menggertak mangsanya.

Dalam banyak kepercayaan, Pontianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun, sehingga hari ini masih tiada kes Pontianak membunuh manusia
Kedua  :  Polong


Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang biasanye lelaki bertujuan untuk memudaratkan musuh. Hantu Polong dipercayai memakan darah dari jari tuannya. Menurut kepercayaan Melayu, Polong dihasilkan dengan meletakkan darah orang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang.

Botol tu kemudiannya dipuja dengan jampi serapah dalam satu masa tertentu sehingga akan kedengaran bunyi menjerit dari dalam botol tersebut. Pemuja perlu melukakan sedikit jarinya dan memasukkan darah tersebut ke dala botol untuk memberi Polong tersebut makan.
Dengan memberi makan, Polong ini terikat dengan tuannya dan akan melakukan apa sahaja untuk tuanya. Polong selalunye disimpan di dalam botol dan akan dikeluarkan apabila diperlukan sahaja
Ketiga  :  Toyol


Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu yang dipercayai berasal dari keturunan jin dan syaitan.

Toyol dipelihara oleh tuannya untuk tujuan mencuri. Toyol dikatakan berbentuk seperti kanak-kanak kecil dan berperangai juga seperti kanak-kanak kecil
Keempat  :  Pelesit


Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memusnahkan musuhnya. Pemelihara Pelesit dikenali sebagai Saka . Pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai belalang pelesit, iaitu belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, serta masuk ke rumah mangsa. Pelesit akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsanya apabila mangsanya leka
Kelima  :  Hantu Air


Hantu Air ( Hantu Laut ) merupakan sejenis makhluk halus atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk nie dikatakan mampu membahayakan apabila korang bertembung dengannya. Kebiasannya, hantu air dikatakan terapung-apung seperti kayu buruk dan mampu membahayakan jika seseorang menyentuhnya.

Ia juga dikatakan mampu menjelma untuk mengusik korang yang duduk di pinggir air. Hantu nie dipercayai berasal dari makhluk halus yang telah dibuang dan dihanyutkan melalui sungai dan laut
Keenam  :  Hantu Raya


Hantu raya dipercayai dipelihara dengan tujuan membantu tuannya melakukan sesuatu kerja dan memudaratkan musuh. Hantu raya dikawal pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa sahaja. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan. Biasanya ia menjelma sebagai tuannya sendiri.
Hantu raya dipelihara dengan memberi makan telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Jika tidak dijaga dengan baik, Hantu Raya yang kelaparan boleh menyerang tuannya sendiri. Hantu raya biasanya perlu diwarisi. Sekiranya tak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa
Ketujuh  :  Hantu Bungkus


Hantu Bungkus atau dikenali juga sebagai Hantu Punjut merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat dan akan bergerak dengan meloncat atau bergolek. Ia mampu bergerak sepantas seiring atau sepantas kereta dengan tujuan mengganggu pemandu kereta tersebut
Kelapan  :   Langsuir


Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah yang dipercayai akan merasuk mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Sesetengah pendapat menyatakan, Langsuir berasal dari wanita yang mati semasa atau selepas bersalin.

Langsuir dikatakan mampu menyerupai perempuan cantik dan menggoda lelaki agar mengikutnya ke tempat sunyi sebelum berubah kepada rupa asal dan merobek perut atau mencekik leher mangsa serta menghisap darah mangsanya
Kesembilan  :  Bota


Bota merujuk kepada sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah. Ia menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar dari tempat persembunyiannya pada masa-masa tertentu sahaja. Ianya jarang dilihat manusia kerana bersembunyi di dalam tanah.

Menurut nenek moyang terdahulu, Bota wujud menyerupai warna tanah dan akan muncul di kawasan berlumpur, di rimbunan buluh kuning dan di kawasan sawah di mana ikan puyu dan tilan selalu ditemui
Kesepuluh  :  Bajang


Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Bajang merupakan makhluk halus yang dipuja dari mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan makhluk halus yang sering menjelma sebagai kucing.

Bajang selalu menyerang kanak-kanak yang boleh mengakibatkan penyakit misteri sehingga mengorbankan mangsanya. Bajang dipelihara dengan memberi makan telur dan susu





0 comments:

Post a Comment