AMINUDDIN
OMAR tidak dapat menahan sebak melihat jenazah anaknya, Irfan sebaik tiba di
lokasi kemalangan di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Changlun dekat Kampung Bendang
Perang Kubang Pasu hari ini.
KUBANG PASU 12 Ogos -
Anak Exco, Datuk Aminuddin Omar dan seorang rakannya maut setelah pikap dinaiki
mereka terbabas sebelum merempuh pokok di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Changlun di
Kampung Bendang Perang di sini hari ini.
Dalam kejadian
kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Irfan Aminudin, 20, dari Taman Tunku
Sarina Jitra di sini dan rakannya, Wan Khuzairi Wan Cik, 27, dari Kampung
Padang Terap meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit pada kenderaan
berkenaan.
Menurut Pegawai
Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa
Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan
pada pukul 4.30 petang berhubung kejadian.
"Setiba di
lokasi kejadian didapati dua lelaki tersepit dalam kenderaan pikap jenis Toyota
Hilux yang dipercayai terbabas dan melanggar pokok di lebuh raya tersebut.
"Kedua-duanya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya di sini hari ini
0 comments:
Post a Comment