Kesetiaan sangat penting dalam memastikan hubungan antara
pasangan berkekalan. Namun antara faktor utama terjadinya pergolakan
rumahtangga adalah disebabkan orang ketiga dan pasangan yang curang.
Bila sebut pasal curang
je, mesti akan dikaitkan dengan lelaki. Apa sebabnya lelaki curang walaupun
sudah berkahwin? Atau lelaki ni memang tak pernah puas dengan satu wanita??
1. SEKADAR SUKA-SUKA
Lelaki terkenal
dengan egonya. Mereka curang untuk menguji sejauh mana isteri sayang
suami.Mereka juga hendak tahu samada mereka masih mampu atau tidak untuk
memikat hati wanita lain.
2. RASA DIRI MASIH MUDA & MENARIK
Walaupun
sudah tua, ada lelaki masih mampu untuk curang kerana merasa diri mereka
menarik dan muda. Oleh itu, perempuan haruslah berhati-hati dan selalu peka
dengan perubahan pasangan anda.
Kajian saintifik yang
diterbitkan dalam Frontiers In Psychology menyatakan lelaki yang kaya dan
berduit, akan lebih kerap beranggapan pasangannya kurang menarik dari segi
kecantikan.
3. MEREKA RASA TAK SALAH PUN CURANG
Curang bukan
satu kesalahan di mata lelaki asalkan ia tak melibatkan hubungan intim. Tapi,
jika sudah terlanjur, buruk padahnya.
4. BENCI DENGAN PASANGAN
Lelaki juga
boleh silap memilih pasangan hidup. Jika silap memilih, lelaki yang sudah
hilang sabar akan mencari perempuan yang lebih baik mampu menjaga dan
melayannya.
5. BOSAN DENGAN PASANGAN
Lelaki cepat
bosan dengan pasangan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Lelaki pula tak
suka berbincang dengan pasangan tapi cuma menunjukkan perubahan tingkah laku
sebagai tanda protes.
Dalam hal
ini, lelaki akan berharap untuk dijodohkan dengan pasangan yang lebih baik dan
dapat menggantikan pasangan lamanya.
0 comments:
Post a Comment