Tuesday, August 22, 2017

Filled Under:

6 Doa Ini Jika Dibaca Semasa Mengandung Sampai Melahirkan, Insya-Allah Anak Dengar Kata, Tak Meragam Ketika Besar



Waktu hamil ibu bukan sahaja perlu jaga makan, emosi dan kerohanian juga perlu dipertingkatkan agar bayi yang dikandungkan boleh membesar dalam perut dengan tenang dan sihat emosinya. Pesanan yang dikongsikan oleh Puan Tohirah Sufi, Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin Dynasti ini boleh dijadikan panduan buat ibu yang sedang hamil.

Ada jiran datang nak hantar anak tusyen ke rumah saya. Dan dia bertanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.

6 Tips Yang Diamalkan Ketika Mengandung/Selepas Melahirkan/Sepanjang Membesarkan Anak

1. Amal Bacaan Ruqyah

Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (lagi semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan).

2. Zikir Nama Allah

Ya Badi' Ya Jamil (Semoga Allah menganugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjuk-Nya dan kelembutan)
Ya Kholiq Ya Bari' Ya Musowwir (Allah Yang Mencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikan anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji).
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak.

3. Selepas Dilahirkan
Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan,
bacalah :

Bismillahirrahmanirrahim :

Allahumma faqqiha fid din, wa'alimha fit takwil (untuk anak perempuan).
Maknanya : Ya Allah, jadikan anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil. Amiinnn..

4. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah
Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga Surah Al-Fatihah, Surah Toha, Al-Insyirah untuk lembutkan hati anak.

5. Bacakan Doa Ketenangan
Bacakan juga Surah Yasin untuk ketenangannya, Surah Al-Nahl (anak yang berdisiplin), Surah At-Taubah, Yusof, Al-Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, akhlak yang cantik dan mendengar kata.

6. Meriahkan Susu Ibu Dengan Surah Al-Hujrat

Insya-Allah, meriahkan susu ibu dengan amalan Surah Al-Hujrat.

Sedikit perkongsian dari Hamba Allah yang kerdil. Semoga bermanfaat. 




0 comments:

Post a Comment