DEFINISI SIHIR
Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.
Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda
Terkena Sihir
1.
Sakit kepala
selepas waktu asar keatas.
2.
Badan terasa berat
dan malas.
3.
Sukar mendapat
jodoh biarpun rajin bercinta.
4.
Badan terasa
bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.
5.
Sakit ketika ziarah
orang meninggal.
6.
Sukar tidur malam
mimpi yang takut-takut.
7.
Sakit pinggang
tanpa sebab.
8.
Sakit dada bila
waktu asar ke atas.
9.
Mimpi melihat
binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.
10.
Bermimpi bayi atau
menyusukan bayi.
11.
Bermimpi di tempat
tinggi dan tak jumpa jalan pulang.
12.
Bermimpi di tempat
yang kotor.
13.
Sakit anggota badan
tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.
14.
Ada terasa benda
bergerak dibawah kulit.
15.
Bayi kerap menangis
bak kena sampuk.
16.
Suami isteri kerap
bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.
17.
Sayang
melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
18.
Malas beribadat.
19.
Nyanyuk ketika usia
masih muda.
20.
Panas baran tak
menentu biarpun perkara remeh.
21.
Sikap berubah
secara mendadak. Lebih kepada watak atau moral yang rosak. Mengadu domba.
22.
Gelisah
dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.
23.
Suka melakukan
tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.
24.
Kerap sendawa bila
mendengar al-Quran.
25.
Kerap keguguran.
26.
Gagal melakukan
hubungan kelamin.
27.
Mengantuk serta
gelisah bila dengar al-Quran.
28.
Suka tengok bulan
mengambang di tingkap.
29.
Darah haid turun
lebih 15 hari.
30.
Batuk yang
berpanjangan.
31.
Selalu ditindih
ketika tidur.
32.
Kuat berangan-angan
ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.
33.
Terlalu rasa rendah
diri dan tidak berkeyakinan.
34.
Nafsu seksual yang
melampau.
35.
Selalu melihat
kelibat dirumah.
36.
Terasa diri selalu
diperhatikan.
37.
Mandul biarpun
telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.
38.
Kerap mendengar
sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.
39.
Melihat jin atau
lembaga hitam secara terus.
40.
Sakit mental atau
gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.
41.
Temat asyik melihat
babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam.
Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang
baik.
42.
Demam yang
berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam
dan Subuh.
43.
Suka tengok cermin
lama - lama.
44.
Sakit kepala, sesak
nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde
apa-apa, normal.
45.
Bila x-ray,
terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku,
paper clip dan sebagainya.
46.
Barang-barang
electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV,
radio, mesin basuh, komputer dll)
47.
Duit asyik
hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada toyol yang mencurinya.
48.
Kerap bunyi goli
atau kerusi ditarik di atas siling rumah.
49.
Tak suka duduk
rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
50.
Dengar orang yang
dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri... dll) panggil tapi tengok tak
ada orang.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Insya-Allah sembuh
0 comments:
Post a Comment