Tidak diketahui secara
tepat berapa juta jenis spesis haiwan yang terdapat di dalam dunia ini kerana
ia merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk ditentukan. Tiada manusia yang
boleh memberi jawapan yang tepat mengenai perkara ini. Namun, para saintis menganggarkan
terdapat sekurang-kurangnya 1.9 juta spesis haiwan dan masih berjuta-juta belum
dinamakan.
Burung dodo
Ya,
setiap hari akan ada penemuan spesis haiwan yang baru, dan ia akan berterusan.
Namun, apa yang menyedihkan adalah setiap hari juga terdapat spesis haiwan yang
berhadapan dengan ancaman kepupusan.
5.
Pangolin
Haiwan daripada keluarga
tenggiling ini adalah antara haiwan yang sedang diancam kepupusan. Pangolin
adalah satu-satunya mamalia yang badannya diselaputi dengan sisik. Haiwan ini
adalah insektivor dan makanan ruji baginya adalah semut dan anai-anai.
Mempunyai kuku yang melengkung dan sangat tajam, mudah bagi mereka untuk
menggali tanah untuk mencari makan.
Pangolin
aktif pada waktu malam dan suka bersendirian. Ia akan bertemu dengan spesisnya
hanya untuk mengawan dan hanya menghasilkan 1 hingga 3 zuriat sahaja yang
dijaga sehingga berumur 2 tahun.
Pada
tahun 2011, dianggarkan lebih dari 100 pangolin menjadi mangsa pemburuan haram.
4.
Vaquita
Ya, penulis tahu anda tak
pernah lihat ikan ini dan penulis pun sama. Vaquita adalah merupakan mamalia
laut yang paling jarang ditemui di dunia. Perkataan vaquita dalam bahasa
Sepanyol bermaksud "lembu kecil", yang mana mempunyai badan berwarna
kelabu, putih di bahagian perutnya dan bertompok gelap. Vaquita menggantikan
ikan Baiji telah dikatakan pupus pada tahun 2006 sebagai cetacean (mamalia
laut) yang paling diancam kepupusan.
Vaquita
boleh dijumpai di sebuah kawasan kecil di utara Teluk California. Ancaman
terbesar kepada haiwan ini adalah kematian disebabkan kemalangan apabila mereka
terperangkap di dalam jala "gillnet" yang bertujuan untuk menangkap
haiwan laut lain. Haiwan ini berkemungkinan akan pupus lebih cepat, mungkin
pada tahun 2018 jika penggunaan jala gillnet ini tidak diharamkan.
Walaupun beratus-ratus juta ringgit dilaburkan oleh kerajaan Mexico dalam usaha
menghapuskan penangkapan vaquita yang tak disengajakan, namun jumlah ikan ini
tetap semakin berkurangan.
Pada
tahun 1997, jumlah vaquita dianggarkan sebanyak 600, dan kemudiannya
berkurangan secara mendadak kepada 60 ekor pada 2015. Pada 30 November 2016,
WWF menganggarkan hanya 30 ekor sahaja yang masih wujud yang mengkategorikannya
sebagai sangat terancam.
3.
Saola
Haiwan yang hanya boleh ditemui
di Annamite Range antara Vietnam dan Laos ini baru sahaja ditemui pada tahun
1992. Walaupun Saola baru sahaja ditemui pada tahun namun ia sudah berada di
penghujung hayat spesis mereka apabila menjadi antara haiwan diancaman
kepupusan.
Saola
merupakan keluarga bovidae (termasuk kambing) dan ia disahkan ketika penemuan
bangkai haiwan ini di Vũ Quang Nature Reserve. Sejak itu, saola diletakkan di
dalam kurungan, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat. Dikatakan hanya
terdapat kurang daripada 50 ekor yang masih hidup sekarang.
Ancaman terhadap saola adalah
kerana kehilangan habitat kerana penebangan hutan untuk membina infrastruktur
dan agrikultur. Selain itu, pemburuan oleh orang di sekitar habitat saola untuk
mendapatkan daging serta tanduknya juga menjadi penyebab kepada masalah ini.
Tanduk saola biasanya dijadikan trofi. Haiwan yang menyerupai kijang ini
mempunyai 2 tanduk hitam yang panjang dan melengkung sedikit ke belakang.
2.
Harima China Selatan
Harimau Selatan China atau
Harimau Xiamen merupakan haiwan adalah spesis dari keluarga kucing yang paling
terancam ketika ini. Ia berada dalam senarai IUCN Red List sebagai haiwan
terancam sejak tahun 1996 lagi. Ia juga dikenali sebagai Amoy yang digunakan
dalam sektor perdagangan bulu haiwan.
Dianggarkan
sebanyak 30 hingga 50 ekor sahaja lagi yang masih hidup. Peratusan keterusan
hidup oleh spesis harimau ini dikatakan sangat tipis disebabkan oleh kepadatan
mangsa yang sangat rendah, pemecahan dan kehilanga tempat tinggal dan juga
tekanan daripada manusia.
1.
Hawksbill Turtle
Penyu yang sangat terancam ini
adalah daripada keluarga Cheloniidae dan merupakan satu-satunya spesis yang
masih hidup bagi jenis Eretmochelys. Spesis penyu ini boleh dijumpai di
Atlantic (subspesis E. i. imbricata) dan juga Indo-Pasifik (E. i. bissa).
Spesis
E. imbricata sangat mudah dibezakan daripada penyu lain dengan melihat kepada
paruhnya yang melengkung dan tajam dan luaran cangkerangnya yang seperi
gergaji. Warna cangkerangnya juga boleh berubah mengikut suhu air. Walaupun
haiwan ini tinggal di dalam laut namun ia lebih banyak menghabiskan di lagun
yang cetek dan di sekitar terumbu karang.
Ancaman kepada haiwan ini
datang penangkapan tidak disengajakan kerana terperangkap di dalam jala, dan
juga eksploitasi manusia kerana dagingnya dan juga cangkerang yang sangat
cantik dijadikan hiasan. Paruhnya yang berbeza daripada penyu lain membuatkan
nilainya menjadi tinggi di pasaran. Telur penyu ini juga dianggap sebagai
makanan istimewa.
Selain
itu, kerosakan pada terumbu karang menjadi habitat kepada haiwan disebabkan
oleh aktiviti manusia yang juga membuatkan ia berada dalam bahaya kepupusan.
0 comments:
Post a Comment