SEEKOR
kucing unik yang mempunyai tiga telinga telah ditemui oleh sebuah pusat
perlindungan kucing di United Kingdom ini telah menarik perhatian masyarakat.
Pusat Feline
Care telah mendapat aduan daripada kedai bersebelahan pusat
itu yang menyatakan ada haiwan yang menganggu sistem penggera keselamatan kedai
mereka.
Oleh
yang demikian, pusat perlindungan kucing itu telah membuat siasatan terhadap
perkara itu sama ada ia ada kaitan dengan haiwan peliharaan mereka atau tidak.
Hasil siasatan
mendapati terdapat seekor kucing yang suka mengganggu alat penggera berkenaan
dan kucing tersebut pula bukanlah daripada pusat perlindungan itu.
Apa yang lebih
menarik perhatian mereka kemudian adalah, kucing yang ditangkap itu kebetulan
memiliki keunikan pada bahagian cuping telinganya
Di
sebalik telinga kiri kucing itu terdapat satu lagi telinga yang membuatkan
haiwan peliharaan itu tampil istimewa dan unik berbanding kucing lain.
Mereka
menyifatkan kelebihan yang ada pada kucing bernama Brian itu satu tanda yang
menampakkan lebih ‘kacak’ dan ‘matang.’
Pusat
perlindungan itu juga menyeru pemilik kucing tersebut untuk tampil dan menuntut
semula haiwan mereka itu dan sekirannya ia tidak bertuan, mereka akan carikan
pemilik yang baru untuknya.



0 comments:
Post a Comment