KESIAN si kucing comel yang bernama Tilly ini. Meskipun sudah 21 tahun
dia ditempatkan di Pusat Kebajikan Perlindungan Haiwan West Midlands, namun
tiada siapa yang mahu menjadikannya sebagai kucing angkat.
Sejak ditempatkan di situ pada 1995, sudah 30,000 orang melawatnya namun
tiada siapa yang mahu memeliharanya.
Kenapa jadi begitu? Ia kerana Tilly lebih suka melenting dan tidur,
daripada meraikan pelawat ke pusat berkenaan.
Menurut pemilik pusat tersebut, Joyce Clarke, sejak Tilly ditempatkan di
situ, dia telah ditolak oleh 30,000 orang kerana Tilly sukar untuk bermanja
dengan orang ramai.
Keadaan ini menyukarkan Tilly kerana pelawat mahukan kucing yang akan
datang kepada mereka sambil menggesel di kaki.
“Personaliti Tilly ketika ini menyukarkannya untuk mendapat tempat
tinggal baharu tetapi sebenarnya Tilly adalah kucing yang penyayang dan baik
dengan semua kucing lain.
“Mula-mula dulu memanglah Tilly agak garang dengan orang ramai namun
apabila usianya meningkat, dia sangat comel,” kata Joyce.
Tilly kini sudah berusia 24 tahun. – Mynewshub.cc


0 comments:
Post a Comment