Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai
pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar
bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan
setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal
manusia.
Manusia melakukan
sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud
spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi
larangannya.
Ulama mengatakan
sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan
mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah
melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat
asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
Membetulkan
kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
Membetulkan pundi
peranakan yang jatuh.
Melegakan sakit
hernia. (burut)
Mengurangkan
sakit senggugut ketika haid.
Melegakan
paru-paru daripada ketegangan.
Mengurangkan
kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
Kedudukan sujud
adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang
tubuh.
Meringankan
bahagian pelvis.
Memberi dorongan
supaya mudah tidur.
Menggerakkan otot
bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada
sujud.
Pergerakan otot
itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.
Bagi wanita,
pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
Mengurangkan
kegemukan.
Pergerakan bahagian
otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal
serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
Organ terpenting
iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Mengelakkan
pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat
dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi
psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha
Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari
segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke
otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian,
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah
sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi
secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W, Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia
di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut
Mengucap
Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Mengucap
Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Mengucap
Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
Mengucap Insya
Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
Mengucap La haula
wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
Mengucap inna
lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
Mengucap La ilaha
illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari
lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan
selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan
Itu laRahsia Besar Yang Tersembunyi Dalam Sujud Ketika kita melakukan
Solat,kami harap artikel ini dapat memberi manfaan kepada anda semua. dan kami
harapkan selepas anda membaca artikel ini anda akan terus lagi rajin untuk
bersolat.


0 comments:
Post a Comment