Sebagai seorang isteri, tanpa sedar kita melakukan tindakan
berdosa terhadap suami, malah menganggap dosa tersebut adalah hal biasa saja.
Padahal syurga dan neraka isteri ada pada redha suaminya.
Semoga 10 daftar
dosa yang paling kerap dilakukan oleh isteri ini boleh kita hindari agar
terjauh dari kebencian suami dan laknat Allah.
1. Menafikan
kebaikan suami
Diperlihatkan
Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka
kufur.
Para sahabat
bertanya: Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah?
Rasul menjawab:
(Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka kufur kepada kebaikan.
Seandainya seorang suami dari kalian berbuat kebaikan kepada isterinya selama
setahun, kemudian isterinya melihat sesuatu yang jelek pada diri suaminya, maka
dia mengatakan, Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu sekalipun.
2. Tidak
menghormati keluarga suami
Seorang suami
harus berlaku lembut pada isterinya, namun demikian isteri pun wajib bersikap
lembut pada keluarga suami, terutama kedua orang tua suami. Jangan sampai
isteri memonopoli suaminya sehingga ibu dan bapanya sendiri tak dapat
mendapatkan hak mereka terhadap anak lelakinya.
Dalam sebuah
hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah Saw,
Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?
Rasulullah
menjawab, Suaminya (apabila sudah menikah). Aisyah Ra bertanya lagi, Siapakah
yang berhak terhadap seorang lelaki? Rasulullah menjawab, Ibunya (HR. Muslim)
Seorang sahabat,
Jabir Ra menceritakan: Suatu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah Saw,
dia berkata, Ya Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, dan bagaimana jika
bapa saya menginginkan (meminta) harta saya itu?
Rasulullah
menjawab, Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu. (HR. Ibnu Majah dan At-
Thabrani).
3. Keluar rumah
tanpa izin suami
Termasuk
berpergian jauh tanpa ditemani oleh mahramnya.
Seorang wanita
tidak boleh berpergian kecuali bersama mahram.
Hadis di atas
menyangkut semua bentuk safar. Wallahu alam. (Syarh Muslim: 9/103, dengan
sedikit perubahan)
4. Menolak ajakan
suami berhubungan
Rasulullah saw
bersabda: Apabila lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya kemudian dia
menolak untuk datang lalu lelaki itu tidur semalam dalam keadaan marah
kepadanya, maka dia dilaknat oleh malaikat sehingga subuh. (HR. Ahmad, Bukhari
dan Muslim).
5. Berhias bukan
untuk suami
Dan hendaklah
kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti
orang-orang jahiliyah yang dahulu (QS. Al-Ahzaab: 33)
6. Mengungkit
kebaikan dirinya terhadap suami
Tak kurang ramai
isteri yang mengungkit-ungkit kebaikan atau darjat dirinya di hadapan suaminya
sehingga menyakiti dan merendahkan suaminya, hal ini merupakan perkara yang
amat besar dosanya.
Abu Dzar
radhiyallahu Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam
bersabda, Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak
akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk
mereka azab yang pedih.
Abu Dzar
radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam
mengatakannya sebanyak tiga kali. Lalu Abu Dzar bertanya, Siapakah mereka yang
rugi itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, Orang yang menjulurkan kain
sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit
kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. [HR. Muslim]
7. Membangkang
terhadap suami (nusyuz)
Ibnu Katsir
rahimahullah berkata, Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya
dan membencinya (Tafsir Al Quran Al Azhim, 4: 24).
Wanita-wanita
yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka
di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu,
janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha
Tinggi lagi Maha Besar (QS. An Nisa: 34).
8. Menggugat
cerai tanpa alasan syari
Wanita mana saja
yang meminta kepada suaminya untuk dicerai tanpa kondisi mendesak maka haram
baginya bau syurga (HR Abu Dawud no 2226, At-Turmudzi 1187).
Astaghfirullah,
semoga kita terhindar dari dosa-dosa tersebut.


0 comments:
Post a Comment