Gambar Hiasan
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad
saw meminta bantuan.
Baginda saw pun bertanya
Baginda saw pun bertanya
“Apakah kamu
mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab,
“Ya ada. iaitu
pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang
sehelai lagi, kami hamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah saw pun terus berkata,
“Bawa
kedua-duanya kepada aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada
Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai,
“Siapa yang mahu
membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab,
“Aku akan
membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali,
“Siapa yang mahu
menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab,
“Saya mahu
membelinya dengan 2 dirham,”
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan
kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata,
“Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
“Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan
memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya
dengan kayu lalu berkata,
“Nah (kapak) dan
sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya.
Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15
dirham.
Rasulullah saw pun berkata,
“Beli makanan dan
bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang
meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu
pada hari Akhirat.
Sesungguhnya
meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk
atau darah yang menyakitkan.”
Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a…
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a…


0 comments:
Post a Comment