Kecoh seketika dunia hiburan apabila
mengetahui penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengandung setelah sembilan
tahun mendirikan rumah tangga. Kandungannya kini dikatakan dalam usia dua
bulan.
Kehamilan Siti Nurhaliza menjadi bualan
pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November
lalu. Ini kerana penyanyi Hetty Koes Endang bergurau dan melarang Siti untuk
menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan. Sebelum
ini juga Siti pernah memuat turun gambar kurma dan susu di instagram milik
peribadinya yang sinonim dengan keadaan wanita mengandung.
Bagaimanapun baik Siti mahupun suaminya
mengambil pendirian untuk tidak menafikan atau mengiyakan perkara ini atas
sebab-sebab tertentu. Jadi sama-sama kita nantikan berita baik ini dikongsikan
sendiri oleh penyanyi kesayangan ramai ini.
Media Hiburan Online kongsikan beberapa
pantang larang buat wanita yang kandungannya masih baru, bagi mengelakkan
sebarang perkara tidak diingini berlaku.
1. Hindari Aktiviti Berat
Wanita yang hamil mudah berasa penat
dan lelah sehingga boleh menyebabkan pengsan kerana berlakunya darah rendah.
Jadi elakkan dari melakukan aktiviti berat, duduk atau berdiri terlalu lama.
Pastikan anda memiliki waktu rehat yang cukup.
2. Kendalikan Emosi
Saat hamil, wanita lebih mudah emosi
kerana ketidak stabilan hormon yang semestinya mempengaruhi kandungan. Wanita
hami perlu sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia
merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang
sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
3. Elakkan Percutian
Jangan melancong di kawasan jauh
sewaktu usia kandungan masih awal kerana takut rahim lemah dan tidak dapat
menahan dari keguguran.
4. Kegiatan Sauna
Suhu yang terlalu panas akan menganggu
perkembangan janin terutama perkembangan otak. Walaupun iainya mampu membuat
wanita hamil menjadi tenang dan kurang tekanan, tetapi risiko keguguran boleh
berlaku.
5. Pemakanan
Elakkan makan nenas kerana tajam
terutama di awal kandungan kerana boleh mengakibatkan keguguran. Selain itu
pucuk atau ulam yang melarat atas tanah juga perlu dielakkan kerana takut uri
melekat di dalam rahim sewaktu bersalin. Jangan minum ais kerana akan
melemahkan anggota badan.
6. Memelihara Binatang Peliharaan
Kotoran dari binatang seperti
kucing,anjing dan sebagainya boleh menimbulkan virus toksoplasma. Virus ini
akan masuk ke dalam janin dan mengakibatkan pertumbuhan janin terganggu.
0 comments:
Post a Comment