Wanita bertudung dengan
sanggul tinggi memang tidak dapat dipisahkan. Wanita merasakan sanggul ini
sudah seperti satu mahkota, semakin tinggi sanggul akan kelihatan semakin
cantik.
Tidak lengkap penampilan dan gaya
seorang wanita bertudung jika tidak mempunyai sanggul yang tinggi. Memiliki
sanggul yang tinggi dirasakan akan mencantikan tudung yang dipakai kerana akan
terletak elok di kepala.
Manusia
hanya memikirkan untuk kelihatan cantik di dunia sahaja tetapi langsung tidak
pernah terfikir tentang hukum sanggul bongkol unta. Ramai wanita bertudung
masih tidak tahu hukum yang harus dielakkan tentang pemakaian tudung seperti
bonggol unta.
Hadis
Nabi s.a.w ada meriwayatkan Maksudnya:
Akan
muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang
sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid.
Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi
seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wa nita)
terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah
gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah
wanita-wanita yang terlaknat.
Hadis riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya:
Dua
golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan
mereka di dunia iaitu golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu
menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian
seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala
mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka
tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu
dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini.
Hadis
riwayat Muslim. Hadith no 212.
Pemakaian
tudung adalah sesuatu yang diwajibkan kepada semua wanita Islam untuk menutup
aurat. Menutup aurat dari dilihat kaum lelaki supaya tidak mengetahui mereka
itu berambut pendek, lurus, kerenting atau panjang. Apabila sudah membuat
bonggol unta yang tinggi wanita seolah-olah mahu mendedahkan aurat yang ingin
disorokkan.
Wanita
yang mendandan rambut dengan cantik hanya untuk suami sahaja. Bukan mendandan
rambut untuk dilihat kaum lelaki lain. Isteri akan mendapat ganjaran pahala
jika suami memandang isteri yang berambut cantik dan mendatangkan keseronokan
dan kebahagian dalam hati suami. MissA/UtaraNews.com
Sumber:
alamatalamatkiamat
0 comments:
Post a Comment