Friday, July 21, 2017

Filled Under:

Satu Semester Tinggal Bersama Hantu Yang Menyamar Jadi Rakan Sebilik

Kisah seram ini dikatakan berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Sintok, Kedah. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya kisah benar atau tidak. Kisah ini diceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi. Cerita ni berlaku di salah sebuah kolej perempuan, tetapi tidak pula diberitahu kolej yang mana satu.

Menurut cerita beliau, terdapat seorang pelajar yang tinggal berdua dengan teman sebiliknya. Kehidupan mereka seperti biasa sahaja seperti pelajar-pelajar yang lain tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik yang berlaku. Segala-galanya normal sehinggalah pada suatu hari apabila pelajar tersebut balik ke bilik.
Semasa dia hendak tidur, dia meminta tolong teman sebiliknya supaya menutup suis lampu kerana dia sukar tidur dalam keadaan yang terang. Tetapi dengan selamba teman sebilik pelajar tersebut mengjulurkan tangannya yang memanjang macam hantu dalam filem Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Apabila melihatkan perkara ini, pelajar itu terkejut dan terus berlari keluar dari bilik.
 Apabila diceritakan tentang hal itu kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati bahawa dia rupa-rupanya hanya tinggal seorang diri tanpa teman sebilik kerana katil dan almari di sebelahnya kosong! Merasa pelik dengan keadaan itu, keesokan harinya pelajar itu terus membuat pertanyaan di pejabat kolej, namun staf di pejabat kolej mendapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud sama sekali.
Rupa-rupanya sudah satu semester pelajar itu tinggal dengan hantu atau jin yang menyamar sebagai teman sebiliknya. Selepas bercerita, cikgu itu sempat berpesan, bila balik ke bilik nanti cuba kamu semua periksa kawan sebilik betul-betul sama ada dia manusia atau hantu. Setelah diperiksa didapati peristiwa ini tidak berulang lagi kerana kebanyakan kawan sebilik adalah benar-benar manusia.





0 comments:

Post a Comment